Sunday, June 12, 2011

Cikgu Shida Dari Parit

Picture Credit : Cikgu Shida Dari Parit

Saya baru sahaja selesai menonton Nona di TV3. Memang menunggu sebab nak tengok segmen Cikgu Shida di Nona. Cikgu Shida ni sebenarnya famous dengan video mimingnya di Youtube. Seorang guru Bahasa Inggeris di Parit, Perak. Ini salah satu video Cikgu Shida - 'Kalau Berpacaran'. Setakat ini dah seramai 1,393,506 pengunjung menonton video ini. 




All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Tidak dinafikan, Cikgu Shida memang mempunyai bakat seni. Bagi saya Cikgu Shida seorang yang berani. Berani mengambil risiko. Dengan title cikgu yang disandangnya, mungkin ada sesetengah pihak akan memandang tindakan dan perlakuannya sesuatu yang negatif. Mencalarkan dan mencemarkan kredibiliti seorang guru. Guru yang selama ini kita cerminkan penuh dengan nilai - nilai murni seorang insan.

Dalam tohmahan dan cercaan itu, ada juga yang menyokong dan memandangnya dari sudut positif. Cikgu Shida mewujudkan satu fenomena baru. Guru gila - gila? Baru tak semestinya buruk. Tapi masih tertakluk untuk di eksperimentasi serta dinilai kesan - kesannya di kemudian hari.

Pada yang masa, video-videonya menghiburkan hati malah bak kata Cikgu Shida, dapat memotivasikan dirinya. Satu kepuasan diri apabila hiburan yang dikongsikannya dapat diterima ramai. Seronok juga kalau diterapkan dalam aktiviti P & P (pengajaran dan pembelajaran). Takderlah murid - murid bosan.

Bagi saya, apa yang Cikgu Shida lakukan adalah untuk kepuasan dirinya. Untuk berkongsi bakatnya dengan semua. Tapi harapnya tidaklah sampai melampaui batas - batas Islam serta mengganggu tugasan sebagai seorang guru. Mana tahu dengan bakat berlakon yang Cikgu Shida ada, bolehlah dia menurunkan ilmu lakonannya itu pada anak - anak muridnya.

No comments: