Monday, February 28, 2011

Join Bloglist Ujang9897


 Wallawey, jom Join Bloglist Ujang9897!

1. Letak gambar ni

Done.

2 .Buat entri tajuk "Join Bloglist Ujang9897"


Done.

3. Review sikit-sikit blog aku ni..(tanak pun takpa)


Hehe. Memang tak nak pun. Lalala~

4. Letak Url entri yang dah buat dekat entri ini ok.


All, right. All done bro!

Bila Tiada Lagi Rasa Percaya

Picture Credit : It takes years to build trust, and a few seconds to destroy it

Let's talk about trust.
What will happen when there is no longer trust in friendship, relationship and humanity? What will happen if you no longer trust anyone?

Lately, I met a few incident that happened around me. All about trust.

The first and second happened at the school. It's about my students. But I rather not share the stories since I considered it as a minor case. Plus, they are still young children so I forgive them. And I notice that they have learned their lesson.

The third incident happened recently. A few weeks ago, I noticed that my laptop has been used without my permission. Not only my laptop; my Facebook account has been access by the same person. Obviously, the person who using it didn't know that we can track back by looking at the history tab. I was very upset, angry and frustrated because I really trust this person. I didn't confront her about this incident. What I did was that, I make sure that I never left my laptop without shutting down or closing it first.

Surprisingly, it didn't end there. Another incident happened again with the same person. Now, it's about using my broadband without permission. I never thought that she could do that. For me, it's just like stealing things from other person. I was very upset. How could she steal it from me, her friend? At the end, I didn't confront her since I don't have any solid proof. After that, I don't trust her anymore. I just keep my important things safely lock up in a place.

I'm not sure whether she can figure it out everything or not. But I'm pretty sure she knows eventually. Always remember that Allah see whatever that you do, whatever that come across your heart, your thought and everything. And for every bad things that we do, we will get punishment. Maybe now, maybe later or maybe in the Hereafter.

I'm telling here not because I want to preach or something. Is just because I have learned it through my experience. So, as a friend, I just want to remind others and be reminded in some ways. Kita sering lalai kan? Jadi kita kenalah saling ingat - mengingatkan.

I once betrayed my friend unintentionally. Eventhough it was long time ago - back to my secondary school. I can still remember it. It's so difficult to gain back people trust. Once people don't trust you, they will no longer look at you at the same way. Worst, if they pass the stories about you among their friends. They will make you look like a horrible person. I am still sad when I think about that particular incident. Kecik hati sangat. But what to do? It was still my fault. But please don't label me as a bad person just because of one, small, unintentionally bad thing that I have done.


Well, I don't want to do like that to the other person. It's mean and cruel. People can change so, I prefer to give her a second chance. May Allah forgive you and I and guide us to the right path.

Sunday, February 27, 2011

Nur Kasih The Movie

Picture Credit : Nur Kasih The Movie

 Picture Credit : Nur Kasih The Movie

Picture Credit : Nur Kasih di Jordan

Sumber dari Oh Malaysia

Gambar-gambar semasa penggambaran filem Nur Kasih The Movie. Penggambaran diadakan di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan di Jordan (Amman, Wadi Ram dan Petra).

Dalam Nur Kasih The Movie, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

Lagu Tema Nur Kasih The Movie By Yassin and Tiz Zaqyah


Picture Credit : Nur Amina dilakonkan oleh Tiz Zaqyah


All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur kasih
Nur kasih

Credit : Oh Malaysia

Transparent Canopy

Picture Credit : Transparent Canopy

Picture Credit : Transparent Canopy

Shanteknya~~
Sesuai untuk majlis - majlis di waktu malam. Kelas gitu!
Interested? Bolehlah singgah di
Kerja Kahwin


Friday, February 25, 2011

Crystal Hand Bouquet

Found this at Elmo tentang crystal hand bouquet atau bunga tangan kristal. Biasanya kita guna fresh flowers atau artificial flowers untuk bunga tangan, tetapi sesekali nak buat seseuatu yang lain, apa salahnya. Cantikkan? I like~~


Picture Credit : Bunga Tangan Kristal dari Shajaratul Design
Picture Credit : Crystal Bouquet dari Flowerspic


Picture Credit : Crystal dari Syirazlil Cottage

Kalau berminat, bolehlah singgah di blog mereka ya!


Dengarkan Lamaran Cikgu Mohd Ermy Untuk Fara Fauzana Di Sini!

 Picture Credit : Cikgu Mohd Ermy, 32 tahun dari Johor
Picture Credit : Fara Fauzana @ Fafau 


Inilah lamaran Cikgu Mohd Ermy terhadap Fara Fauzana. Sangat gentlemen, okay! Just tekan button yang bentuk segitiga tu.


 Credit to Radio HotFm : Lamaran Cikgu Mod Ermy untuk Fara Fauzana

Ini antara ayat - ayat lamaran Cikgu Mohd Ermy terhadap Fara Fauzana.

"Fara, pertama kaliku mendengar suaramu di radio, ku membayangkan dirimu secantik - cantik manusia, Fara. Hari ini setelah ku melihat wajahmu, setelah ku kenali peribadimu, ku rasa kaulah wanita secantik - cantik manusia di dunia, Fara. Hatiku telah tertawan, Fara. Lelaki ini dengan sejujur - jujurnya ingin melamarmu Fara sebagai permaisuri hidupku Fara. Kau telah kunci cintaku dalam hatimu Fara. Terimalah permintaanku ini, Fara. Aku adalah pengemis cintamu, Fara. Terimalah Fara."

p/s : All the best Cikgu Mohd Ermy! Semoga berjaya memenangi hati Fara Fauzana~~


Thursday, February 24, 2011

Fara Fauzana Dilamar Cikgu Mohd Ermy Secara Live Di Radio HotFM

Picture Credit : Fara Fauzana

Wallawey, Fara Fauzana @ Fafau dilamar secara live di Radio HotFM!

Jejaka yang dikenali sebagai Cikgu Mohd Ermy pada mulanya hanya menghantar lamaran kepada Fara Fauzana secara SMS. Tetapi kemudian beliau ditelefon oleh FBI dan AG dan diminta membuat lamaran secara live di radio. Nak tahu lebih detail, bolehlah baca di Oh Bulan


Menurut Cikgu Dahlia inilah dia Cikgu Ermy. Bolehlah melawatnya di Facebook Cikgu Mohd Ermy Mohd Kasah

Serius nak dengar lamaran live dari Cikgu Ermy untuk Fafau.

Pendaftaran Haji Secara Online

Found this from my friend, Saiful Adli.

Seperti dia juga, saya pun tak tahu mengenai pendaftaran haji secara online. Jadi, bolehlah daftarkan diri anda di sini: Pendaftaran Haji.

Picture Credit : Pendaftaran Haji Secara Online  
Cara Pendaftaran

Pendaftaran haji (web) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. 

Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.

Syarat Pendaftaran

Semua warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan di TH. Walaubagaimanapun kelayakan pendaftaran bergantung kepada baki amaun simpanan TH anda. Baki minima untuk memastikan pendaftaran anda diterima adalah RM 1300.00.

Nampaknya, dua orang kawan saya sudah pun mendaftar. Jom pergi daftar sekarang di sini. Menunaikan haji itu wajib bagi semua umat Islam yang berkemampuan. 

Tuesday, February 22, 2011

Azizulhasni Awang, We Are Proud Of You!

 Picture Credit : Cikgu Mohd Ermy, 32 tahun dari Johor
Picture Credit : Fara Fauzana @ Fafau 


Inilah lamaran Cikgu Mohd Ermy terhadap Fara Fauzana. Sangat gentlemen, okay! Just tekan button yang bentuk segitiga tu.


 Credit to Radio HotFm : Lamaran Cikgu Mod Ermy untuk Fara Fauzana

Ini antara ayat - ayat lamaran Cikgu Mohd Ermy terhadap Fara Fauzana.

"Fara, pertama kaliku mendengar suaramu di radio, ku membayangkan dirimu secantik - cantik manusia, Fara. Hari ini setelah ku melihat wajahmu, setelah ku kenali peribadimu, ku rasa kaulah wanita secantik - cantik manusia di dunia, Fara. Hatiku telah tertawan, Fara. Lelaki ini dengan sejujur - jujurnya ingin melamarmu Fara sebagai permaisuri hidupku Fara. Kau telah kunci cintaku dalam hatimu Fara. Terimalah permintaanku ini, Fara. Aku adalah pengemis cintamu, Fara. Terimalah Fara."

p/s : All the best Cikgu Mohd Ermy! Semoga berjaya memenangi hati Fara Fauzana~~


Inilah Serpihan Kayu Dari Betis Azizulhasni Awang

Picture Credit to Youtube : Azizulhasni Awang Splinter

Inilah serpihan kayu yang telah dikeluarkan dari betis Azizulhasni Awang. Besar gak tu! Boleh tengok video dan gambar di sini : Video Dan Gambar Azizulhasni Awang Accident Tertusuk Kayu

Video Dan Gambar Azizulhasni Awang Accident Tertusuk Kayu

Picture Credit : Serpihan Kayu Sepanjang 7 inci tertusuk di betis Azizulhasni Awang
Picture Credit  : Kemalangan menimpa di Kejohanan Tracking Cycling World Cup at National Cyling Centre, Manchester, England.
Picture Credit : Betis Azizulhasni Awang Tertusuk Kayu Di Velodrom Manchester
Picture Credit: Azizulhasni Awang Menahan Kesakitan
Picture Credit : Azizulhasni Awang, Malaysian Track Sprint Cyclist

Jaguh berbasikal negara; Azizulhasni Awang, semoga cepat sembuh!

Monday, February 21, 2011

Jualan Buku Pengajian Tinggi Di UKM

 Picture : Jualan Buku Pengajian Tinggi Di UKM

Found this at Mawarshafei, sesuai untuk mereka yang masih menuntut. Yang dah lama habis belajar pun boleh datang juga.

Jualan Buku Pengajian Tinggi.
Dataran Canselori, UKM Bangi.
21 - 24 Februari 2011.
9.00 pagi - 5.00 petang.

Sunday, February 20, 2011

It's Hard To Please Everyone

 Picture Credit : You unfollow me? Why? Why? Tell me why?

Tadi blogwalking beberapa blog, baca blog yang saya dah follow. Aktiviti hujung minggulah katakan. So, tertarik dengan satu entry dari blog Syurga Itu Indah. Tajuknya 10 Sebab Aku Tak Nak Follow Blog Korang.

Copy from
Syurga Itu Indah . Sudah diringkaskan.

1. Banyak gambar artis -artis Korea.

2. Gambar terlalu kecil.

3. Blog yang pasang lagu secara automatik.

4. Blog pompuan gedik. 

5. Tulisan blog pelbagai saiz dan warna dalam satu entry.

6. Blog lucah, entry lucah, lawak lucah, blog yang guna perkataan lucah.

7. Blog yang entrynya banyak guna singkatan. Contoh, Lau=Kalau

8. Blog blogger otai yang berlagak.

9. Penulisan banyak sangat guna Bahasa Inggeris.

10. Blog yang jarang update.

Kebanyakkan reason saya setuju. Tapi ada satu reason tu, macam terkena batang hidung sendiri pula. Yang mana satu yer? Hehe, saya tak nak bagitahu! Tapi takperlah. We need to respect other people's opinion. Don't be emotional when you read something that you don't like.

Teringat ada satu masa dulu, saya tulis satu entry Semua MLM Penipu! dan saya dikecam hebat oleh seorang anonymous. Sampai saya siap tulis satu entry khas untuk anonymous tu
To The Hot Anonymous. Thanks!

Selepas entry tu, saya perasan bilangan followers saya berkurangan sebanyak seorang. Maknanya ada orang sudah 'unfollow' blog saya. So, I assumed the same anonymous yang marahkan entry saya Semua MLM Penipu!

At first, rasa down juga lah because not my intention to hurt my readers atau sesiapa saja yang berkecimpung dalam business MLM. Siap 'unfollow' saya lagi means marah sangatlah dengan saya. Niat saya hanya ingin berkongsi tanpa menyebelahi mana - mana pihak. Bila difikir - fikirkan balik, kita tak boleh please everyone. It's impossible, kan?

p/s: Speak the truth, even when it hurts.

Please Respect !

Picture Credit : Respect ; You give it, you get it.

Please respect my things.
Please respect my opinion. 
Please respect my privacy.
Please respect my decision.
Please respect me as a woman.
Please respect me as a teacher.
Please respect me as your friend.
Please respect me as a pedestrian.
Please respect me as your customer.
Please respect!

I'm not concerned with your liking or disliking me . . . All I ask is that you respect me as a human being. - Jackie Robinson

Saya Seorang Blogger Yang Aktif !

Picture Credit : Saya Seorang Blogger Yang Aktif !

Saya seorang blogger yang aktif !
Tiap - tiap hari update blog. <--- Tipu jer. Bukan tiap-tiap hari update pun.

Saya seorang blogger yang aktif !
Tiap - tiap hari check blog.

Saya seorang blogger yang aktif !
Tiap - tiap hari baca blog.

Saya seorang blogger yang aktif !
Tiap-tiap hari fikir apa nak tulis dalam blog.

Saya seorang blogger yang aktif !
Tiap - tiap hari kalau boleh nak tinggalkan comment kat blog orang lain.

Saya seorang blogger yang aktif !
Tiap - tiap hari jenguk blog Ben Ashaari <--- Bodek nampak?

Apa nak dikata, saya memang seorang blogger yang aktif !

Saturday, February 19, 2011

Bila Hati Ada Taman

 Picture Credit : Di kanan kamu, di kiri pula si dia

Owh, hari ini memang hari kunjung - berkunjung saya rasanya. Tadi dah buat entri pasal Kawan-Kawan Macam Chipsmore. Tulis entri itu pun sebab saya berkunjung ke blog blogger yang lain.

Tadi berkunjung ke blog [ ! d a r x z o n e ! ]. Tergelak bapak besar baca entrinya
ble mamat2 blogger berebut yuyu zulaikha!

Maaflah, saya masih baru dalam dunia blogging ini. So, saya tak tahulah kalau ada 'something-something' ker antara mereka berdua ini. Tapi tak mustahilkan? =p

Satu soalan untuk kamu semua? Pernah tak jatuh cinta dengan seseorang itu just dari baca tulisannya? Dari tulisannya kita cuba membayangkan tahap kehenseman atau kecomelan seseorang blogger tu. Pernah tak? Saya pernah. Sebab itu bagi saya itu bukan satu yang mustahil. Dari tulisan yang bersahaja terus jatuh ke dalam sudut hati. 

Sempat saya tinggalkan komen mengusik mereka berdua ini. 

"To [ ! d a r x z o n e ! ]
Bila hati ada taman...inilah jadinya. Elelele, angau sudah kamu. Cakapkan saja, dia yang kau suka!

Ikut cakap saya sekarang! Jerit sekuat hati!

"Yuyuuuuuu....aku cintakan kamuuuuuu"

Ada berani? =p "

p/s : Maaf
[ ! d a r x z o n e ! ] dan Yuyu kalau tekaan saya salah. Sekadar usikan nakal =p

Friday, February 18, 2011

Kawan - Kawan Macam Chipsmore

Tadi pergi membalas kunjungan ke rumah kawan - kawan blogger yang sudah singgah ke 'rumah' Rabia Sensei ini.

Tertarik dengan entry blogger Anizs Dan Bintang. Tajuk entrinya Jangan Terlalu Emosi Dengan Kawan.

Owh, kalau nak cerita pasal terasa dengan kawan - kawan ni. Memanglah banyak beribu-ribu lemon kali terasa. Tapi bila fikir mereka ini kawan kita, and sometime kita tahu kadang - kadang mereka tak sengaja. Mereka tak sedar yang perbuatan dan percakapan mereka telah mengguris hati dan perasaan seorang kawan. 


Bila jadi macam ini, saya lebih suka mendiamkan diri dan menjauhkan diri buat seketika. Kadang - kadang bila tak tahan sangat dengan mereka, saya akan luahkan segalanya pada orang yang rapat dengan saya. Dengan cara itu, perasaan marah dan geram itu akan berkurangan.

Saya tahu saya bukanlah kawan yang terbaik. Tak sentiasa berjumpa, hang out sama-sama ker dengan kawan - kawan lama. Tapi saya selalu ingat akan mereka sama ada yang jauh atau yang dekat. Sentiasa ingat segala saat bersama. Sebab saya tahu, bila saya susah, bila saya sedih, bila saya memerlukan bantuan, kawan - kawan saya inilah yang akan sentiasa menghulurkan bantuan. Sentiasa beri moral support; tak kiralah dalam apa jua bentuk sekali pun. 

Bak kata orang putih 'Good friends are like Stars, you don't always see them, but you know they are always there'.

Picture Credit : Good friends are like Stars

Disebabkan entri
Anizs Dan Bintang, inilah yang terhasil. Hasil yang tak seberapa.

Kawan-kawan macam chipsmore,
Pelbagai rasa,
Pelbagai warna,

Ada besar,
Ada kecik,
Bentuknya sama,
Tapi tak serupa,
Yang penting,
Bulat semuanya,

Kawan-kawan macam chipsmore,
Ada duit bolehlah beli,
Takder duit,
Biskut kering pun jadi,
Yang penting perut terisi.

Kawan-kawan macam chipsmore,
Ada masa mereka ada,
Ada masa mereka tiada,
Ada atau tiada,
Yang penting,
Kawan - kawan tetap di hati,
Seperti sekeping chipsmore,
Sekejap ada, sekejap tiada,
Tapi sampai bila - bila sentiasa di hati.

Thursday, February 17, 2011

Exquisite Wedding Favours

If you are looking for wedding favours, look no more. Exclusive collections of wedding favours for you to choose from Amfeaz's Creative Collection. They are adorable, unique and elegant. The best choice for everyone! Potpourri? Cupcakes? You name it, they have it!

Picture : Suitable for Black and White Theme

If you decide pink as your wedding theme, these pink wedding favours are among of best choices you can get from Amfeaz's Creative Collection. So, let's check it out!

Picture : Lovely Pink Potpourri

Picture : Cute Pink Cupcakes
 Picture : Lovely Pink Pillow
Picture : Adorable Pink Hat

Find more exclusive collections at Amfeaz's Creative Collection.


Wednesday, February 16, 2011

Kuatkan Semangat Wahai Adik Hairuman

Picture Credit : Adik Hairuman Miskon

Kuatkan semangatmu wahai adik Hairuman Miskon. Ini ujian dariNya.
Kawan - kawan, mari kita sama - sama bantu keluarga adik Hairuman Miskon

Sumber : myadha
Kakak Hairuman 018-3807867 -Maryuni Bt Miskon
No Akaun : Maryuni Miskon (Kakak Hairuman Miskon)
162030632448 - Maybank
12570000203529 - CIMB Bank
Alamat: No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

Saya Punyai 100 - 500 Followers


Saya hanya ada 136 Followers. Sikit jer kan? Siapalah saya. Hanya blogger biasa saja.

Apabila Ben Ashaari Terkantoi


Picture Credit : Bila Boss dah start mengamuk...

Terbaca blog Bro Ben pasal "Bila 'BOSS' lalu sebelah". Nak tahu kisah lanjutannya? Silalah baca di sini. 

Di suatu pagi yang hening, kedengaran bunyi jari jemari menaip di papan keyboard. Semua pekerja sedang khusyuk memandang skrin komputer masing - masing. Memang sebegitulah mereka setiap hari. Begitu asyik dengan kerja mereka.

Di sebalik pokok bunga yang besar, terdapat seorang lelaki yang memang sentiasa dengan komputernya. Hinggakan waktu rehat pun tidak pernah berhenti menyiapkan kerjanya di komputer. Dalam diam, ada sepasang mata yang memerhatikannya.

"Rajin sungguh budak ini. Apa yang dibuatnya tidak habis-habis dari tadi? Rasanya dah takder projek dah. Patut dicalonkan sebagai Pekerja Contoh ini. Takperlah, kejap lagi aku bagitahu dia pasal pencalonan tu"

Boss pun berjalan menuju ke cubicle pemuda tersebut. Matanya memandang tepat ke skrin komputer pemuda tersebut. Tiba - tiba matanya membuntang dengan bulatnya. Terlihat pemuda tersebut gelabah menekan butang alt + tab di keyboard berkali-kali. Dari window ke window lain, tapi satu pun tidak mengurangkan kebuntangan mata Bossnya yang bulat itu. Malah Boss memandang skrin komputer dengan tajam sekali!

Pemuda itu tertangkap. Kantoi bak kata orang. Dia hanya mampu berkata "Bosssss" sambil melemparkan satu senyuman-mengharapkan-simpati kepada bossnya.

"Ben, nanti jumpa saya sebelum awak balik!"

Sebelum pulang ke rumah, Encik Ben berjumpa dengan bossnya.

"Maafkan saya Boss. Saya tadi ada hal penting nak discuss dengan wife saya. Itu yang Boss nampak YM tadi. Yang lagi sorang nama Mat Gebu tu, adik saya. Ada masalah sikit. Dia orang tak nak call atau sms saya. Dia org lebih suka berYM jer. Lebih jimat. Biasalah boss. Zaman - zaman gawat ni. Kita kena berjimat cermat. Betul tak Boss?" jawab Encik Ben dengan panjang lebar.

"Iya, saya faham. Saya cuma nak tanya awak satu saja. Harap awak tak kisah" jawab pula Boss dengan nada yang serius.

Pemuda itu terkulat-kulat. Badannya yang sasa itu dibasahi dengan peluhnya sendiri. Panas semacam jer rasanya. Yang peliknya, Boss dia siap pakai kot lagi. Nampak sangatlah pemuda itu ketakutan. Bilik yang berhawa dingin pun dirasakan panas membara!

"Apa saja untuk Boss. Boss nak tanya apa?" jawab Enck Ben pula yang cuba mengambil hati Boss. Harapannya, Boss akan termakan dengan kata - katanya yang lemah lembut itu.

"Tadi awak ada buka satu website. Saya nak link itu jer" jawab Boss dengan selambanya.

"Yes, aku selamat!!!!"  jerit Encik Ben dengan kuatnya memecah kesunyian bilik pejabat petang itu.

p/s: Cerita ini adalah rekaan semata - mata. Tiada berkaitan dengan yang mati atau pun yang hidup. Lebih - lebih lagi dengan Bro Ben Ashaari. Ini hanyalah rekaan penulis sahaja. Sekian, terima kasih.

I Gilakan You, Okay!


I bukankan gila orang, okay. I gilakan ini!



p/s: Tetiba angau kejap.

Tuesday, February 15, 2011

Selawat Atasmu By NowSeeHeart (Nasyid Iklan TV3 Maulidur Rasul)

Picture : NowSeeHeart

Saya memang tercari-cari nasyid apakah di iklan TV3 sempena Maulud Nabi. Lain daripada biasa. Akhirnya saya terjumpa di blog Kepala Bergetar. Rupa-rupanya nasyid dari kumpulan NowSeeHeart iaitu Selawat Atasmu. Brother-brother NowSeeHeart, seniors di SMAKL dulu.



Selawat Atasmu By NowSeeHeart

Ada satu bintang
Sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya
Empat yang utama

Satu menyampaikan
Dua amanah
Tiga bijaksana
Empat membanarkan

Jangan kita ragu
cubalah sedaya mampu
Ikuti sunnahnya
Hidup kan bererti

Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab, Idzhar Jumali, Khairil Azrin, Iman, Mie & Bob.
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Sumber : Lirik Nasyid


Impian Kasih By Inteam

Picture Credit : Inteam

My all time favourite songs! Suka dengar nasyid Inteam masa belajar dulu.



Impian Kasih By Inteam

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri

Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan

Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh

Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Lagu: Isman Isam

Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Lirik: Ito Lara
Gurindam Entertainment
Sumber : Lirik Nasyid