Monday, January 30, 2012

Kisah Ketulan Di Dada

 
 Picture Credit : Breast Cancer

Last week, saya ada shared sikit pasal ketulan di salah satu breast saya. Memanglah kalau nak diikutkan topik yang nak diceritakan ini agak malu sikit nak dikongsi. Tapi kalau tak cerita, macam mana kita nak tahukan? Macam mana kita nak tahu atau tidak yang kita ini sihat walafiat sepenuhnya. Untuk makluman, breast cancer bukan sahaja berlaku pada perempuan sahaja, lelaki pun ada. So, kita semua kenalah ambik tahu. Tak kiralah anda lelaki atau pun perempuan.

FYI, sejak dulu lagi saya biasa melakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Jadi bila ada kelainan itu, saya dah boleh agak ada ketulan di breast. At first memang takut sangat-sangat bila rasa ada benda moving di breast. Macam mana kalau lump tu adalah cancer? Stage 3 atau 4 ker? Hidup saya pasti akan berubah 360 degree.

Jadi first step saya ialah pergi ke klinik. Doktor buat pemeriksaan dan dia mengesahkan memang ada ketulan di breast kiri saya. Based dari saiznya, dia menganggarkan sudah setahun ketulan itu. Kemudian dia buat surat untuk direfer mana - mana hospital yang kita prefer. Kalau yang ada insurans, sangat-sangatlah bagus coz semuanya ditanggung oleh pihak insurans. Apa-apa hal pun depends pada pelan insurans masing - masing. Kalau tak sure boleh tanya agen insurans anda sendiri.

Asalnya saya minta hospital government jer. Tapi setelah berbincang dengan mak, saya pergi ke private hospital sebab lebih cepat prosesnya. Ketulan ini kalau di biar lama - lama boleh membesar. Jadi haruslah diambil tindakan dengan kadar yang segera. So, pergilah saya ke Hospital Columbia Asia yang berdekatan dengan rumah.

Second step, make sure bawak surat yang doktor bagi dari klinik tadi. Untuk rujukan doktor di hospital. Saya minta buat ujian mammogram tapi since saya masih muda (muda ker?), dia suruh saya buat ujian breast ultrasound. Harganya berbeza setiap hospital. Ujian ini memang tak sakit langsung, cuma malu lah sikit. Tapi masa tu dah takut, tak fikir pun rasa malu tu. Masa ujian itu, anda dikehendaki menanggalkan baju dan baju dalam serta dikehendaki memakai baju yang diberi oleh pihak hospital. Doktor akan meletakkan sedikit gel di breast dan akan menggerakkan sejenis alat ke atas breast kita. Proses ini serupa macam orang pregnant nak tengok jantina baby. Bezanya yang pregnant scan perut, yang ini scan breast. Immediately, kita akan nampak resultnya di situ, sama ada you have lump atau pun tidak. Macam kes saya pula, saya ada one lump and one cyst. Ya Allah, masa tu saya hanya mampu berdoa je. Tawakal banyak-banyak pada tuhan.

Masa tu, doktor tak boleh confirmkan sama ada tu ada lah cancer atau pun ketulan biasa. Lagi pun rawatannya berbeza. Setelah buat ujian breast ultrasound, saya buat keputusan untuk buang ketulan itu. So, jumpa doktor. Doktor nasihatkan untuk buang ketulan tersebut dan mereka akan melakukan ujikaji sama ada ketulan itu cancer atau pun tidak. Lagi satu cara, kalau anda tak nak buat operation dulu pun boleh. Anda boleh melakukan biopsy procedures. Doktor akan mengambil sedikit sel ketulan dengan cara memasukkan jarum ke ketulan tersebut. Then, mereka akan kaji sel tersebut. Then, buat operation. Saya skip step itu. Saya terus set date untuk operation.

Sebelum dibedah, kita dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan dilakukan. So, saya berpuasa sebelum itu. Kemudian selepas zohor, pukul 2 saya di bedah. Proses pembedahan itu sekejap jer. Dalam 30 - 40 minit sahaja. Saya rasa saya sempat bermimpi semasa itu. (Bila difikirkan balik, pengalaman di bilik pembedahan takder lah ngeri sangat). Apabila saya terjaga, sudah pukul 3 lebih. Doktor gunakan gam diatas permukaan kulit untuk menutup luka saya, manakala di bahagian dalam dijahit dengan benang. Keesokkan paginya saya dibenarkan pulang. Rasa sakit di breast masih lagi terasa. Even apabila kereta melalui lubang-lubang kecil di jalan raya sekali pun, akan terasalah kesakitannya. Berjalan pun hanya boleh slow - slow jer. Selepas itu, saya terus balik ke Nilai untuk proses penyembuhan.

Selepas seminggu, saya buat pemeriksaan susulan dengan doktor. K
eputusan ujikaji mendapati yang ketulan itu hanyalah ketulan biasa. Saya dapat cuti beberapa hari lagi untuk berehat di rumah. Alhamdulillah, selepas 2 minggu, saya sudah beransur pulih. Apa - apa pun, saya harap anda semua rajin - rajinlah buat pemeriksaan sendiri di rumah. Risiko lebih tinggi pada mereka yang ada sanak - saudara  penghidap breast cancer. Doktor kata sampai sekarang tak tahu punca utama berlakunya kanser. Tapi selalunya benda ini berkaitan dengan hormon atau lifestyle kita.

Sunday, January 29, 2012

Keputusan AJL 26


Keputusan Anugerah Juara Lagu 26.

Dan pemenangnya ialah :




Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati



Vokal Terbaik : Hafiz - Awan Nano



Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Karma



Naib Juara : Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamza - Beribu Sesalan


Juara : : Hafiz - Awan Nano

Tahniah semua!

Friday, January 27, 2012

Daisypath

Picture : Rabia & Shah

If you
have noticed, I added daisypath in my blog. It's not something new. You can see it in most of everyone's blog.

It's very practical since it can remind me about important dates and at the same time I can remind my other half that particular important dates.

Well, so that he can do (buy) something special on that particular dates. Ngeh, ngeh =D

"I'm back?" So Lame

Picture : Moga bahagia bersama selamanya. Amin

Ahem, Ahem.
 
Tersipu-sipu, termalu-malu depan laptop cabuk ni. Bukannya apa, sudah lama sangat menghilang. Kini muncul semula. Sangat lame rasanya nak mulakan entry dengan "I'm back!" coz apparently nobody is waiting for me. 

So, entry hari ni will be short and simple jer. Kita summarize saja apa yang dah berlaku beberapa bulan yang lepas yer.

Well, I got married. Alhamdulillah.
9 December 2011 to be exact. Kenduri, 11 December 2011. Kenduri bertandang, 17 December, 2011.

Then, honeymoon in Sabah for 3 days. Lalala ~~

After that, unfortunately, I fell sick. I got lump in one of my breast. Operate. MC for almost two weeks.

Back to school for one week. Penat seh ~~

CNY holidays one week.
Celebrate my hubby's birthday 25 January 2012.
Send a bouquet of flowers, a teddy bear and one tiramisu cake to his office. Surprise!

Will celebrate Boboi's (adik ipar) and hubby's birthday tomorrow.
Wohoo!

All right, Buhbye for now ~