Tuesday, May 22, 2012

Kisah Malaysia Boleh! - Jazeman & Nazmi

Kisah anak malaysia yang mengukir nama dan sejarah. Satu dalam dunia permotoran dan satu dalam dunia bola sepak.

Jazeman Jaafar telah menang F3 Euro Series di Brands Hatch, England dan menjadikan salah sorang pemenang dalam siri perlumbaan yang ala-ala Formula One manakala

Nazmi Faiz yang menjadi tonggak dalam team Malaysia di Sukan Sea lalu, baru-baru nie menjalani try out di kelab S.C.Beira-Mar di Portugal. Dia telah mendapat kontrak bermain selama 3 tahun dan menjadikan dia anak malaysia yang pertama bermain di Portugal. Kelab yang bakal disertai merupakan tempat ke-12 dari 16 pasukan Primeira Liga Portugal.

Semoga maju jaya kepada mereka berdua. Chayuk! Chayuk! :-)

Petikan Berita dari TheStar / Berita Harian Online: 

PETALING JAYA: Jazeman Jaafar put the country on the world motorsports limelight after becoming the first Malaysian to win the F3 Euro Series at Brands Hatch, England.
His feat came just one week after taking his first British F3 victory in Pau, France.   

It was a lights to flag victory for the young Malaysian with the Petronas supported driver starting from pole and fending off the chasing pack to take the chequered flag.

He competed at Brands Hatch as a guest driver, taking the opportunity to join the F3 Euro Series, which is the stepping stone to getting a drive in Formula 1, to build race experience and race on a track layout new to him.
The 19-year-old Jazeman had a competitive opening race on the short Indy layout at Brands Hatch.
He quickly settled into a strong pace and was pushing hard each lap. An eighth place finish was a welcome reward for the Malaysian youngster.



KEJAYAAN pemain muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar akan membuka lembaran baru kepada pembangunan pemain muda di negara ini.


Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, berita terbaru mengenai Nazmi ini begitu menggembirakan dan cukup bagus untuk pendedahan pemain muda itu di peringkat tertinggi.


“Ini satu perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang mendapat peluang di peringkat lebih tinggi.


“Perkhabaran positif Nazmi ini akan membuka lembaran baru kepada aspek pembangunan pemain muda di negara ini untuk terus melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti,” katanya ketika dihubungi di Slovakia, semalam.


Menurut laman web rasmi kelab berkenaan, tonggak Harimau Muda yang beraksi di saingan Liga Singapura itu, memikat perhatian panel pemilihan dan terus ditawarkan kontrak tiga tahun untuk menyarung jersi kelab itu.


No comments: