Tuesday, October 2, 2012

AES - Automated Enforcement System

Nampaknya AES mula bergerak aktif dan pada permulaan awal hanya 14 kamera beroperasi. Apakah dia AES ini? Secara mudahnya ia merupakan penguatkuasaan secara automatik iaitu mengambil gambar pesalah lalulintas dan menghantar surat cinta kepada anda.

Ini juga bermakna pemandu-pemandu di jalan raya akan mula diperhatikan dan direkodkan jika berlaku kesalahan. Sistem ini dibangunkan dan akan diuruskan oleh dua syarikat swasta yang berjaya dalam permohonan (Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES sdn. Bhd.) membangunkan sistem ini dan  bertanggunjawab memasang, ujian dan menyelengara 831 buah kamera di seluruh negara.

Dalam FAQ yang disediakan oleh JPJ menyatakan 566 buah kamera kelajuan, 265 buah kamera traffic light akan di pasang dengan 250 unit untuk kamera mudah alih (bertujuan diletakkan di kawasan kemalangan yang tiada liputan letrik, komunikasi dan sebagainya).

Dikatakan sistem ini akan dapat menangkap gambar pemandu dengan nombor plate kenderaan dengan jelas kerana mengunakan kemera definisi tinggi dan di hantar ke pusat kawalan (centre) yang akan memproses gambar tersebut sebelum dihantar ke alamat pemandu atau kenderaan yang didaftarkan di dalam database JPJ.

Saya ada nampak satu kamera berhampiran dengan exit kajang, jika dari selatan akan lalu sini sebelum sampai ke sungai besi tol. Kepada pemandu-pemandu semua, memandu dengan cermat :)

Di bawah ada FAQ yang diambil kat laman JPJ.

FAQ AES


Sumber : Utusan Malaysia, TheEdge, JPJ

No comments: