Friday, February 1, 2013

Mega : Free 50GB Cloud Storage


Mega (daripada syarikat yang memberikan kita MegaUpload) kini kembali dengan cara yang lain iaitu menawarkan percuma 50GB storan awan (cloud). Lebih kurang sama dengan Google Drive dan SkyDrive.

Picture Credit: Mega : Free 50GB Cloud Storage

Pencarian alamat domain atau url bagi mega bukan senang. Asalnya mereka berminat menggunakan alamat domain dengan akhiran .ga (Me.ga) tetapi Kerajaan Gabon menolak permohonannya untuk mendapatkan alamat domain tersebut. Akhirnya, mereka jumpa satu laman untuk host Mega dengan Mega.co.nz di New Zealand.

Apalagi silalah mendaftar untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan 50GB storan seperti gambar di bawah. Tidak tahu sampai bila Mega akan menawarkan 50GB, jadi dapatkan sementara masih panas :)

Picture CreditMega : Free 50GB Cloud Storage

Masa daftar Mega, ia masih dalam versi beta, jadi tidak harapkan ia bebas dari isu sama ada dalam prestasi atau akses ke laman ini. Saya bernasib baik apabila mendaftar kali pertama dengan Mega, ia berjalan lancar. Jangan berputus asa jika cubaan anda untuk mendaftar tidak berjaya.

Apabila sudah berjaya masuk, cuba la nak memuat naik file kedalam Mega tetapi dia masih lagi tidak bergerak dan akhirnya tidak berjaya memuat naik. Ini adalah antara isu dalam versi beta ini.

Picture CreditMega : Free 50GB Cloud Storage

Mega menjanjikan storan awan ini dengan data encryption tinggi untuk para penggunanya dan menawarkan 500GB (9.99 euro), 2 TB (19.99 euro) dan 4TB (29.99 euro) sebulan. Ia pastinya menjadikan Mega salah satu pilihan jika memerlukan saiz storan yang besar.

Oh ya, Mega ini mesra Chrome, jadi bila guna browser lain macam Mozila Firefox, ia akan keluar mesej di bawah.

Picture CreditMega : Free 50GB Cloud Storage

Selamat mencuba !

No comments: