Sunday, September 22, 2013

Movie : The Internship

Picture Credit : The Internship

Hujung minggu lalu pergilah menonton wayang filem di atas. Terima kasih kepada TGV yang bagi tiket murah berharga RM7!. Ya, RM7............... tetapi dengan syarat sebelum 12 tengahari dan tempat duduk dia dari 1 ke 6 baris (A - F) daripada skrin. Kalau nak belakang lagi bayar harga biasa :). Diaorang nak penuhkan barisan depan aje ka?

Berbalik kepada cerita dia atas, tajuk dia pun sudah dapat teka pasal apa cerita ini. Yang tambah menarik mereka berdua buat internship kat syarikat Google. Antara syarikat paling besar di lembah silikon dan dunia.
Kisah bermula apabila mereka berdua dibuang kerja kerana syarikat telah gulung tikar. Lalu cuba untuk mendapat kerja sebagai intern. Walaupun dengan usia mereka yang sudah berusia jika hendak dibandingkan dengan intern yang baru berumur awal 20an. Babak mereka di temuramah oleh pihak google menarik dan melucukan kerana terminologi teknologi seperti bahasa pengaturcaraan C++ diajukan kepada mereka.

Mereka berjaya masuk sebagai intern atau dipanggil Noogler dan bersaing dengan budak-budak muda yang mahir teknologi terkini jika dibandingkan dengan mereka berdua. Mereka kemudian dibahagikan dalam kumpulan kecil - 5/6 orang. Mereka dikehendaki berkerjasama dalam menyelesaikan cabaran-cabaran sepanjang internship. Hanya satu kumpulan akan di ambil bekerja dengan Google.


Trailer : The Internship
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
   
Babak mereka di tipu oleh ahli kumpulan yang mahu menghalau mereka dalam misi mencari Profesor X antara babak awal yang melucukan. Dengan pengalaman mereka dalam perkerjaan dan kehidupan, mereka dapat memberi inspirasi dan menyatukan kumpulan mereka dan bersaing dengan kumpulan-kumpulan lain.

Di pertengahan cerita, Nick lakonan Owen Wilson berjaya mempelajari teknologi baru dan mula mendapat sentuhan kerja barunya manakala Billy pula lakonan Vince Vaughn sedang bergelut dan berjumpa dengan seorang yang selalu pakai fon kepala dan duduk bersendirian. Ini akan diceritakan siapa lelaki ini sebenarnya di akhir cerita.

Mereka berjaya membawa ahli kumpulan yang terdiri daripada budak- budak muda merasai pengalaman di luar dan tidak hanya membaca dari skrin telefon atau komputer. Budak-budak zaman sekarang kan asyik di depan komputer melayari internet - facebook, instagram dan lain-lain. Cerita ini cuba untuk membuka minda budak-budak ini supaya tidak hanya bermain dengan teknologi sebaliknya ada banyak lagi di luar sana. Dari pengalaman luar ini, mereka berjaya mengilhamkan satu app yang banyak dimuat turun seterusnya memenangi salah satu cabaran.

Kepada mereka yang tidak tahu nak tengok cerita apa, saya mengesyorkan untuk anda melihat cerita ini dan berharap anda pun terhibur.

Selamat menonton!.

No comments: