Friday, November 29, 2013

Defect Checklist Untuk Rumah Baru

Picture Credit : Defect Checklist

Sebelum ini saya ada kongsikan senarai checklist untuk rumah baru. Entry ini pula saya nak share tip - tip apabila masuk rumah baru. Apabila masuk rumah baru, mula - mula sekali yang kita perlu buat ialah buat defect checklist. Periksa setiap kecacatan yang ada di rumah seperti crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain - lain lagi. Kebetulan esok saya and hubby akan ambik kunci rumah baru, jadi tip - tip ini memang sangat - sangatlah penting. Tips ini saya refer dari blog Husnamn dan Surayajafar.

Sebelum nak periksa rumah baru, pastikan anda sediakan marker pen dan juga masking tape untuk tandakan setiap defect. Bawak juga tangga untuk area yang tinggi.

  • Azan
Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
  • Tiles Lompong
Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. Ada yang kosong tandakan dan minta dia pecah dan tampal yang baru dengan elok. Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat. Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab kat tengah-tengah selalunya ada simen, yang takde simen selalu kat tepi-tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air. Lepas diorang siap buat, test balik guna duit syiling.
  • Elektrik
Untuk periksa elektrik, on kan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. Make sure periksa setiap punca elektrik dan soket.
  • Meter Air
Bila meter air dah pasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna. Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat. Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar. Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor. Bila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
  • Tingkap dan Sliding Door
Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
  • Rumah Bocor Waktu Hujan
Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya. Pastikan tiada sambungan atap atau atap yang bocor dan mengalirkan air.
  • Tangga
Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

  • Bilik Air Tingkat Atas Bocor
Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, tengok ada kesan air bocor tak di siling tingkat bawah rumah korang. Kalau ada, tunjuk la dengan wakil developer dan sila la minta dia pecah balik lantai toilet tu dan pastikan dia letak sealer toilet tu dengan sempurna. Selalunya lepas letak sealer ni dia kena tinggalkan sehari bagi kering. Check sealer dia tu penuh ke tak penuh. Lepas dia repair toilet yang bocor itu ketuk satu per satu tilesnya. Jangan bagi ada kosong.


Picture Credit : Tandakan dinding yang retak untuk direpair
  • Dinding Retak
Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.


Picture Credit : Ini penutup saluran air toilet tingkat atas
  • Jika Hendak Buat Cornish
Jika anda nak buat cornish rumah, hendaklah periksa aliran air keluar dari toilet tingkat atas. Perasan tak rumah korang ada siling yang terjojol keluar dari siling sepatutnya. Selalunya dibuat daripada kayu dan letaknya betul-betul dibawah toilet di tingkat atas. Ini adalah penutup saluran air toilet atas. Cara nak buat pemeriksaan adalah minta kontraktor anda buka penutup ni sebelum dia mula nak buat cornish. Kemudian buka air dalam toilet supaya air mengalir dalam saluran ini. Kalau boleh biar lama sikit sebab kalau sikit bocornya memang air keluar perlahan-lahan. So kalau bocor, cepat-cepat minta developer repair sebelum buat cornish.
  • Kunci Semua
Seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik. Selepas dapat kunci rumah, developer tak akan bertanggungjawab kalau ada berlaku kes kecurian kabel kecuali defect rumah.
 

Bila dah siap betulkan defect ni, baru boleh la buat renovation rumah dengan senang hati. 

Thursday, November 28, 2013

Checklist Untuk Rumah Baru

 
Picture Credit : Sekadar Gambar Hiasan

Ini checklist untuk rumah baru. Saya refer kat Teratakmrspejan dan Myadyna. Apa - apa pun ini hanya cadangan jer. Kalau nak buat semua sekaligus, memang pengsanlah. So, ikutlah budget masing - masing. Dahulukan yang mana penting dulu.

EXTERIOR
  • Grill 
  • Alarm
  • CCTV
  • Plug
  • Kipas 
  • Tiles 
  • Auto Gate
  • Getah Paip 
  • House Tinted
  • Ampaian / Hanger
  • Outdoor Water Filter 
  • House Number Plaque 
  • Landskap - rumput carpet, yard lamp, fountain, kebun herba
  • Lampu + Wiring - lampu sisi pagar, lampu carporch, lampu balkoni, lampu keliling rumah

INTERIOR

a) Living Hall

  • Lampu + Wiring (Downlight)
  • Plaster Ceiling
  • Wallpaper
  • Kipas
  • Aircond
  • Plug
  • Sofa Set
  • TV Cabinet
  • Carpet
  • Langsir (Day and Night)
  • Railing Langsir
  • Frame
  • Cermin Besar
  • Coffee Table
  • Grill (Sliding Door)

b) Dining Hall

  • Lampu + Wiring
  • Plaster Ceiling
  • Kipas
  • Aircond
  • Dining Table
  • Plug
  • Carpet
  • Langsir (Day and Night)
  • Frame
  • Cermin Besar

c) Kitchen

  • Kitchen Cabinet
  • Fridge
  • Microwave
  • Stove
  • Hob & Hood
  • Water Heater  
  • Water Filter
  • Dishes Rack
  • Lampu + Wiring
  • Plug
  • Wall Fan
  • Bakul Sampah
  • Bidai Tingkap
  • Grill (TIngkap dan Pintu)

d) Bedroom

  • Katil
  • Meja Solek
  • Wardrobe
  • Carpet
  • Towel Hanger
  • Bakul Sampah
  • Wallpaper
  • Langsir (Day + Night)
  • Railing Langsir
  • Aircond
  • Kipas
  • Lampu + Wiring
  • Plug
  • Grill (Tingkap Bilik)

e) Stor

  • Lampu + Wiring
  • Rak Besi
  • Railing Langsir
  • Langsir
  • Plug

f) Toilet 

  • Lampu + Wiring
  • Toileteries Rack
  • Mirror
  • Tower Hanger
  • Slipper Toilet

g) Laundry

  • Washing Machine
  • Laundry Basket
  • Bathmat
  • Rak (untuk letak Sabun dll)

h) Laman Belakang

  • Awning
  • Lampu + Wiring
  • Plumbing untuk Laundry

i) Services

  • ASTRO
  • TNB
  • JBA
  • Lori

j) Lain-lain

  • Lampu + Wiring for stairway
  • Lampu + Wiring for bilik stor

p/s : Selamat masuk rumah baru~


Wednesday, November 27, 2013

Tuesday, November 26, 2013

Pureen Stock Clearance Promotion

Picture Credit :Pureen Stock Clearance Promotion

Pureen Stock Clearance Promotion 2013

Date : 30 November - 1 December 2013
Time : 10 am - 6 pm
Venue : Summit Company (M) Sdn. Bhd.


Website : http://pureen.com.my/News/Pureen-Stock-Clearance-Promotion-November-2013.html

Monday, November 25, 2013

Keputusan Pertukaran Guru Sesi Januari 2014 Boleh Di Semak Sekarang

Picture : Keputusan Pertukaran Guru Sesi Januari 2014

Untuk cikgu - cikgu yang memohon bertukar, bolehlah semak keputusannya bermula hari ini. Saya dah memohon tapi status saya masih dalam proses.


Picture : Permohonan masih diproses

Kawan - kawan yang minta tukar ke negeri lain nampaknya dah dapat keputusan masing - masing. Mungkin saya yang minta pertukaran dalam daerah ni kena tunggu lagi kut. 

Sesiapa yang belum semak keputusan, boleh lah semak di http://apps.moe.gov.my/epgo/ 

Happy Late Monday

 Picture Credit : Late!

Terlambat nak wish happy Monday to everyone. Hehe, takperlah. Happy late Monday! Takpa lambat, asalkan selamat, boleh? =D

Dah seminggu cuti sekolah. Ini masuk minggu kedua. Apa perancangan semua masa cuti sekolah ni? Minggu lepas saya sibuk buat checklist untuk barang - barang baby. Alhamdulillah, 3 hari bershopping di Expo Baby di Mid Valley. Hampir 80% sudah dibeli. Sekarang ni dah masuk 7 bulan. Jadi barang untuk mama and baby kena disediakan sikit - sikit dalam beg. Harap-harap, baby lahir ikut due date, 12 February, 2013. 

Minggu kedua ini saya rancang nak mengemas rumah apa - apa yang patut. Takderlah banyak sangat. Sikit jer. Mana - mana yang larat. Kemas untuk masuk rumah baru. In shaa Allah, ambik kunci hari Jumaat ini. Selepas ini, akan sibuklah pula nak tambah grill dan apa - apa yang patut untuk rumah baru nanti. 

 Picture Link : First trip Big Bad Wolf 2012

 
Picture Link : Second trip Big Bad Wolf 2012

Cuti sekolah panjang lagi. Hampir sebulan lebih. Cuti sekolah ini nak ambik kesempatan untuk menghabiskan membaca buku - buku yang dah lama beli masa Big Bad Wolf dulu. Haih, bila la nak habis baca ni.

Friday, November 22, 2013

Tips Memilih Stroller

 Picture Credit : Combi Urban Walker

Terdapat pelbagai jenis stroller di pasaran sekarang ni. Antaranya, Peg Prego, Graco, MacLaren, Sweet Cherry, Combi & banyak lagi. Mari kita lihat beberapa tips memilih stroller yang saya compile dari Muhammad Norashikin, Harith Irfan dan Arvanees.

  • Budget / belanjawan
Terdapat stroller yang mempuanyai harga semurah puluhan ringgit hingga ribuan ringgit dan bergantung kepada jenama atau jenis-jenis stroller. Perlu diingat mahal tak semestinya berkualiti dan murah tu tak berkualiti. Apa-apa pun bergantung pada mereka yang mengeluarkan duit.
  • Keselamatan
Adalah menjadi kemestian untuk memastikan keselesaan dan keselamatan bayi ketika berada di dalam stroller. Stroller biasanya mempunyai ruang kecil untuk simpan barang-barang bayi. Stroller yang terbaik biasanya mempunyai belt 5-point harness yang boleh dilaras mengikut keselesaan dan saiz bayi dan supaya baby boleh distrap dengan selamat di dalam stroller. Make sure tiada sharp or rough edges yang exposed to your baby. Pastikan stroller juga mesti cukup kuat menahan beban dan mempunyai brek yang kukuh (lock & unlock feature)

  • Kebolehan untuk Recline
Pastikan kusyen stroller boleh dilaras ketika bayi duduk ataupun tidur. Terdapat juga jenis-jenis stroller mengikut kesesuaian umur dan berat bayi. Biasanya stroller untuk newborn baby jenis baring sahaja. Ini kerana newborn baby sampai umur 6 bulan tidak boleh duduk lagi. Pastikan stroller boleh guna atau menampung dari newborn hingga umur 2 tahun.

Make sure that it needs to recline all the way back so that the baby is in a lying position not an upright seated position. It's quite important that the stroller boleh recline full sampai baring position. Stroller jenis macam ini boleh guna sampai 2-3 tahun because the full recline is useful for when they want to sleep while you are busy shopping or makan.

"A happy sleeping baby/toddler = Happy parents to shop with peace of mind"


  • Mudah Dilipat
Pastikan stroller yang dibeli itu senang disimpan dan mudah di bawa ke mana-mana. Memang ada jenis-jenis stroller bila dah dilipat tidak muat nak letak dalam but kereta. Lagi bagus cari stroller yang mempunyai feature one hand fold. Pada masa yang sama, boleh fold macam umbrella. The folding is very important so you have a lot of boot space in the car. Pastikan jug measurement of the stroller setelah dilipat.
  • Adjustable Handle
Faktor adjustable handle ni terbahagi kepada 2. First, adjustable dari segi kepanjangan. Ini perlu bagi mereka – mereka yang rendah dan pasangannya yang tinggi.

Second, adjustable handle jugak ditengok dari segi kebolehan handle tu untuk forward facing and rear facing your baby. Baby below 6 months adalah lebih sesuai menggunakan forward facing stroller sebab dia akan rasa lebih secure bila nampak his mummy and daddy, while those above 6 months adalah lebih sesuai guna rear facing supaya pemandangan mereka tidak di halang oleh badan mummy and daddy dan secara tak langsung open their mind to accept new things in life.

  • Berat
Pastikan tidak terlalu berat.
  • Material
Pastikan material yang berkualiti - tak mudah koyak, tahan lasak, kalis air. Rangka yang kukuh dan ringan biasanya buatan aluminium.
  • Tambahan
Biasanya stroller berjenama dari luar negara di datangkan dengan aksesori tambahan seperti foot muff (selimut), rain cover (penghadang hujan), shopping basket, bottle holder, leg warmer (kalau selalu pergi holiday ke oversea) and parasol. Ada sesetengahnya memang datang together as a set tapi ada juga yang kena beli asing.
  • Lifestyle
Kalau parents jenis yang mengamalkan gaya hidup sihat, suka jogging kat taman, mungkin boleh pilih stroller jenis jogger iaitu 3 wheelers. Strolller jenis ini lebih aerodynamic dan mempunyai tayar yang tahan lasak sesuai untuk kegunaan atas uneven surface. Pastikan whether it is easy to maneuver or not.

Penting :

  • Pastikan stroller sesuai dengan umur dan berat bayi anda
  • Jangan lupa mengunci roda stroller ketika berhenti.
  • Jangan menyimpan terlalu banyak barang di ruang stroller kerana ini akan mengurangkan keseimbangan stroller bayi anda.

p/s : Selamat menolak stroller. 





Thursday, November 21, 2013

Checklist Senarai Barang Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin

Ini checklist senarai barang keperluan bayi dan  ibu bersalin. So, nanti senang nak print and buat semakan kan. Nanti kalau nampak orang pegang list berjela - jela kat ekspo hujung minggu ini, sayalah tu. Haha! Takderlah, ingat dalam otak dan check semula kalau ada apa - apa yang terlupa nak beli.




p/s : Boleh beli kat Lazada juga. Lagi senang. Klik dan bayar, kemudian Lazada hantar sampai ke pintu rumah.


Lazada Malaysia

Senarai Barang Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin






Picture Credit : Barang Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin

Senarai ini saya compile dari blog Damia Balqis, Irine Nadia dan White Vincci. Ini hanya sebagai rujukan. Ada sesetengah barang itu tak perlu dibeli atau boleh dibeli kemudian. Ikutlah kemampuan masing - masing. 
Tengok dari senarai ini, saya hanya baru 5% jer persiapan. Huhu. Pengsan ~

Keperluan Baby ( Pakaian )
  • Bakul Pakaian Bayi
  • Baju Lengan Panjang @ Baju Malam
  • Baju Lengan Pendek @ Baju Harian
  • Seluar Panjang
  • Seluar Pendek
  • Baju Jalan-Jalan
  • Rompers & Jumpsuit
  • Mittens & Booties
  • Bonnet @ Topi
  • Baby Bib
  • Barut
  • Bedung
  • Sapu Tangan – 100% cotton supaya kulit baby tak melecet
Diapering
  • Napkin
  • Baby Pin
  • Diapers @ Lampin Pakai Buang
  • Wet Tissue
  • Changing Mat : Ini untuk lapik atas tilam. Untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiba terkencing masa bukak baju dia.
  • Nappy Liners : Baby yang baru lahir sampai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit je. Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru.
  • Baldi Dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
  • Detergent Khas Pencuci Baju
  • Botol Sembur Air
Baby Care & Grooming
  • Bakul Barang Mandian
  • Baby Bath
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Tab Mandian Bayi
  • Tuala Mandi
  • Tuala Muka
  • Bakul Barangan Grooming & Health Care  
  • Minyak Telon
  • Nappy Rush Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream. 
  • Vicks
  • Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital.
  • Gripe Water / Colic Water : Untuk kembung perut bayi
  • Gunting Kecil
  • Pemotong Kuku
  • Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema.
  • Thermometer
  • Sikat / Berus Rambut
  • Toothbrush
  • Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
  • Cotton Ball 
Barangan Breastfeeding
  • Botol Susu
  • Puting
  • Berus Pembersih Botol
  • Penyepit Botol
  • Sterilising Tablet
  • Cecair Pencuci Botol : Jenama Pureen
  • Breast Pump Set
  • Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
  • Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh
  • Bottle Sterilizer
  • Storage Bottle
  • Nursing Cover
  • Nursing Bra 
  • Nursing Pad Washable : Jenama Fiffy
  • Nursing Pad Disposal : Jenama Bebe
  • Thermos
  • Nipple Cream

Note :

Rujukan untuk puting botol susu

Size s – 0 – 3 bulan
Size m – 3 – 6 bulan
Size l – 6 – 12 bulan
Size xl – 12 bulan ke atas
Puting x – 6 bulan ke atas (tak tumpah)



Nursering - Keperluan Tidur Baby
  • Set Tilam
  • Comforter
  • Kelambu @ Mosquito Net
  • Baby Cot @ Play Pen

Barangan Asas Untuk Mama & Keperluan Berpantang

  • Set Selepas Bersalin : Jenama HPA, Shaklee 
  • Bengkung 
  • Baju Sejuk   
  • Tungku Moden 
  • Rempah Mandian Herba : Ada banyak jenis. Memanaskan badan ibu bersalin. Boleh refer sini
  • Pilis Air Mancur : Melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Boleh refer sini
  • Tuam / Tungku Baby : Untuk baby kalau kembung perut
  • Selipar
  • Kain Batik
  • Maternity Pad (Extra Long) :  Jenama Pureen
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Stoking
  • Minyak Urut : Minyak Mestika
  • Tuala Mandi
  • Tukang Urut
  • Air Zam-Zam / Selusuh
Kelengkapan Lain & Travel
  • Stroller
  • Car Seat 
  • Baby Carrier
  • Diapers Bag
  • Mainan untuk Play Pen
  • Bouncer
  • Beg Baby
  • Baby Warmer For Bottle : Ini untuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais. Ada orang suka rendam pakai air suam jer.
  • Nursing Cover : Senang kalau kene breastfeed kat public boleh cover.
  • Car Seat
Beg Hospital Mama

  • Buku Rawatan Merah
  • Kad Pengenalan
  • Guarantee Letter 
  • Telefon Bimbit
  • Kamera
  • Baju / T-Shirt
  • Kain Batik 
  • Tudung / Skaf
  • Stoking
  • Baju Dalam / Seluar Dalam
  • Tuala Muka
  • Peralatan Mandi
  • Tuala Mandi
  • Bedak
  • Sikat
  • Maternity Pad 
  • Pad Biasa
  • Breast Pad
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Beg Plastik Baju Kotor 
  • Minyak Angin / Urut 
  • Beg Pakaian 
  • Getah Rambut 
  • Disposable Panties (1set)

Note :

Jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah (bawa la yang lawa sikit and pilih yang longgar dan butang di depan. Mudah untuk menyusukan bayi)


Bakul Hospital Mama

  • Air Selusuh
  • Air Zam-Zam
  • Makanan / Minuman : ( Biskut/Roti/Milo 3in1)
  • Termos Panas
  • Majalah / Buku / Al-Quran
  • Tisu
Beg Hospital Baby
  • Pampers New Born
  • Baju Siang / Malam (Panjang)
  • Seluar Siang / Malam (Panjang)
  • Mitten & Booties
  • Bedung
  • Barut
  • Topi 
  • Selimut
  • Tuala Mandi Baby 
  • Tuala Muka 
  • Baby Wipes 
  • Baby Bath 
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder 
  • Baby Lotion
  • Baby Oil 
  • Vicks 
  • Minyak Telon
  • Diaper Beg
  • Napkin 
Selamat bershopping. By the way, weekend ni ada Maternity & Children Expo Event di Mid Valley. Moh lah kita ke sana. 

p/s : Pengsan ~~

Boleh beli kat Lazada juga. Lagi senang. Klik dan bayar, kemudian Lazada hantar sampai ke pintu rumah.


Lazada Malaysia