Tuesday, November 19, 2013

Gambar - Gambar Scan Baby

Picture : Pregnancy Test

Gambar pregnancy test ini saya ambik coz nak tunjuk kat hubby. Tunjuk kat WhatsApp Messenger. Ingat lagi hari tu hari Jumaat, 14 June 2013. Hari tu emo terlebih sikit. Terasa sangat dengan anak - anak murid. Pastu penat pun lebih sikit. Bila balik rumah, sajalah cuba try test. Alhamdulillah, double lines! Saya pregnant! Setelah mencuba lebih kurang setahun, akhirnya saya hamil. Alhamdulillah, syukur.


 Picture : First Scan 14 June 2013

Malam tu juga, saya dan hubby pergi Klinik Pakar Wanita Suria di Alam Damai untuk confirmkan. Excited saya. Malam tu juga saya telefon mak dan mak mertua saya.


Picture : Second Scan 5 July 2013

Scan kali kedua, 5 July 2013. Nampak besar sikit dah.

Picture : Third Scan 19 August 2013

Scan kali ketiga dah nampak fizikalnya. Nampak bentuk kepala dan tulang belakang. Hubby saya sampai sekarang tak tahu nak tengok gambar scan. Hehehe.

Picture : Fourth Scan 11 October 2013

Ini scan kali keempat. Scan kat Klinik Nurul di Alam Damai. Masa ni nak tengok jantinanya. Tapi tak nampak. Masa tu kedudukan baby melintang, kaki pula rapat, cover - cover gitu. Jadi tak dapatlah tahu jantina lagi. Doktor suruh datang lagi bila kandungan dah 27 minggu. Masa beli baju baby pun, beli warna putih jer. Suka tengok gambar scan ni coz dah nampak perut dia, jantung dia, bentuk muka dia. Sebab ni gambar 2D, hitam putih jer, jadi tak nampak mata dan hidung betul - betul. Just nampak tulang mata dan hidung. Subhanallah. Masa tengah scan ni, baby aktif bergerak - gerak. Seronok rasanya!

Picture : Sixth Scan 9 November 2013

 Picture : Scan 4D 9 November 2013

Ini scan yang the latest. Masa ni nak tengok jantinanya. Buat sekali scan 4D. Tapi gambar muka 4D baby tak jelas sangat coz uri betul - betul kat muka dia. Jadi pencahayaan tak jelaslah. Itu penjelasan doktor tu lah. Puas juga dia cari angle nak ambik gambar baby. 

Risau bila doktor kata kedudukan uri kat muka dia. Tapi doktor kata nanti uri tu akan beralih. Masa ni baby dah tak melintang. Kedudukan kepala dah berada di bawah. Cuma sekarang ni uri pun berada kat bawah juga. Nanti 28 November 2013 akan scan kat Klinik Kesihatan Batu 9 pula untuk lihat kedudukan uri. Hopefully masa tu uri dah beralih. Kalau tak beralih, most probably akan bersalin secara caesaerean. Gambar 4D tu nampaklah dengan jelas bebirdnya. So, official lah, it's a boy! 

Haha, cian anak mama. Malu dia =P

p/s : Doakan baby dan mama sihat dan sempurna yer. Amin

4 comments:

ciklaili said...

tahniah. moga dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan ini.

bolehlah singgah baca entri tentang kehamilan di blog ciklaili.com :

http://www.ciklaili.com/search/label/kehamilan

Rabia Sensei said...

TQ cik laili. In syaa Allah, singgah =D

cindir-rela said...

seronoknyeeeeee!!!

saya pulak teruje! nak kahwin lah! haha

Rabia Sensei said...

hehe...seronok! Cepat2ler kawin ;p