Friday, September 27, 2013

This Is For Daddy To Be

Picture Credit : Daddy, help me!

Note to Daddy To Be :
Something to look forward. Ngeh. Ngeh. Ngeh~~

Karnival Usahawan Desa 2013

Picture Credit : Karnival Usahawan Desa 2013

Karnival Usahawan Desa 2013
Date : 25 - 29 September 2013
Venue : Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Website : http://www.kud.my/KUD.html

BN Youth Job Fair

Picture Credit : BN Youth Job Fair

BN Youth Job Fair 2013
Date :  27 - 29 September 2013
Time : 10 am - 6pm
Venue : PWTC Tun Razak 1

Guess What I Just Did

Picture Credit : Mommy. Guess what I just did.

T.G.I.F

Picture Credit : Yes!

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday : Baby Selfie

Picture Credit : Baby Selfie

Nota kaki
Selfie (n.): a photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website.


Reference : newsfeed.time.com


Sunday, September 22, 2013

Movie : The Internship

Picture Credit : The Internship

Hujung minggu lalu pergilah menonton wayang filem di atas. Terima kasih kepada TGV yang bagi tiket murah berharga RM7!. Ya, RM7............... tetapi dengan syarat sebelum 12 tengahari dan tempat duduk dia dari 1 ke 6 baris (A - F) daripada skrin. Kalau nak belakang lagi bayar harga biasa :). Diaorang nak penuhkan barisan depan aje ka?

Berbalik kepada cerita dia atas, tajuk dia pun sudah dapat teka pasal apa cerita ini. Yang tambah menarik mereka berdua buat internship kat syarikat Google. Antara syarikat paling besar di lembah silikon dan dunia.
Kisah bermula apabila mereka berdua dibuang kerja kerana syarikat telah gulung tikar. Lalu cuba untuk mendapat kerja sebagai intern. Walaupun dengan usia mereka yang sudah berusia jika hendak dibandingkan dengan intern yang baru berumur awal 20an. Babak mereka di temuramah oleh pihak google menarik dan melucukan kerana terminologi teknologi seperti bahasa pengaturcaraan C++ diajukan kepada mereka.

Mereka berjaya masuk sebagai intern atau dipanggil Noogler dan bersaing dengan budak-budak muda yang mahir teknologi terkini jika dibandingkan dengan mereka berdua. Mereka kemudian dibahagikan dalam kumpulan kecil - 5/6 orang. Mereka dikehendaki berkerjasama dalam menyelesaikan cabaran-cabaran sepanjang internship. Hanya satu kumpulan akan di ambil bekerja dengan Google.


Trailer : The Internship
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
   
Babak mereka di tipu oleh ahli kumpulan yang mahu menghalau mereka dalam misi mencari Profesor X antara babak awal yang melucukan. Dengan pengalaman mereka dalam perkerjaan dan kehidupan, mereka dapat memberi inspirasi dan menyatukan kumpulan mereka dan bersaing dengan kumpulan-kumpulan lain.

Di pertengahan cerita, Nick lakonan Owen Wilson berjaya mempelajari teknologi baru dan mula mendapat sentuhan kerja barunya manakala Billy pula lakonan Vince Vaughn sedang bergelut dan berjumpa dengan seorang yang selalu pakai fon kepala dan duduk bersendirian. Ini akan diceritakan siapa lelaki ini sebenarnya di akhir cerita.

Mereka berjaya membawa ahli kumpulan yang terdiri daripada budak- budak muda merasai pengalaman di luar dan tidak hanya membaca dari skrin telefon atau komputer. Budak-budak zaman sekarang kan asyik di depan komputer melayari internet - facebook, instagram dan lain-lain. Cerita ini cuba untuk membuka minda budak-budak ini supaya tidak hanya bermain dengan teknologi sebaliknya ada banyak lagi di luar sana. Dari pengalaman luar ini, mereka berjaya mengilhamkan satu app yang banyak dimuat turun seterusnya memenangi salah satu cabaran.

Kepada mereka yang tidak tahu nak tengok cerita apa, saya mengesyorkan untuk anda melihat cerita ini dan berharap anda pun terhibur.

Selamat menonton!.

Thursday, September 19, 2013

Wednesday, September 18, 2013

Movie : Riddick

Picture Credit : Riddick

Nampaknya, Vin Diesel kembali sebagai Riddick dalam filem terbaru siri Riddick ini. Di awal cerita memaparkan Riddick terbaring cedera di padang pasir di sebuah planet dan berusaha menyelamatkan diri dari serangan haiwan buas. Rasanya dalam setengah jam banyak aksi adegan Riddick melawan dan meneyelamatkan diri daripada haiwan buas (ala-ala haiwan hyena dan kala jengking gergasi). Masa ini tertanya apa jadi dengan penghujung siri filem yang kedua yang mana Riddick menjadi Lord Marshall (Ketua satu puak - Necromonger).

Rupanya, Riddick telah disingkirkan oleh orang kanannya sendiri lalu terdampar dan tinggalkan di planet ini. Dalam bahagian pertama, Riddick mula memulihkan diri dan membina kembali kekuatan yang sama ini digeruni oleh pihak lawan. Dalam usahanya itu, beliau melawan haiwan ala kala jengking (ada racun berbisa) untuk melepasi ke sebarang kawasan. Tidak pasti pula kenapa perlu juga lalu kawasan ini (yang ada haiwan beracun). Dalam cubaan beliau menyeberang dan melawan dengan haiwan berbisa ini, dia membela anak hyena yang kemudian menjadi teman dia di planet tersebut.


 Riddick : Trailer 
All copyrights reserved to original creator. No copyright infringement intended
 
Bahagian kedua dalam cerita ini barulah ada manusia lain :) Planet tersebut akan dilanda ribut hujan dan akan membawa bersama semua haiwan ke kawasan sebelah Riddick tinggal. Riddick telah jumpa satu stesen lama yang mana para pemburu upahan datang untuk memburu haiwan di planet itu. Dia pun menghidupkan siaran kecemasan yang mana memberitahu semua pemburu upahan (Bounty hunter) yang Riddick berada di planet ini. Lalu datangnya 2 kumpulan untuk mendapatkan ganjaran bagi membunuh Riddick. Di sinilah bermula aksi menjejak antar pemburu dan diburu atau sebaliknya.

Filem ini membawa kembali watak Riddick yang sebenar iaitu seorang yang berbahaya dan berkeyakinan tinggi bagi menumpaskan musuhnya. Secara keseluruhan, aksinya tidaklah banyak kecuali berlawan dengan haiwan beracun. Cuma di akhir-akhir cerita fokus beralih kepada usaha menyelamatkan diri daripada serangan haiwan tersebut.  Mungkin akan ada sambungannya kerana Riddick belum lagi membalas jasa orang yang mengkhianatinya.

Selamat menonton.

Monday, September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia

Picture Credit : Selamat Hari Malaysia

AirAsia 1 Million FREE Seats Promotion

Picture Credit : AirAsia 1 Million FREE Seats Promotion

Picture Credit : 1 Million FREE Seats! 


AirAsia 1 Million FREE Seats
Booking period : 17th September 2013

Website : 


Saturday, September 14, 2013

Declutter Your Home and Make Money


Picture Credit : Declutter Your Stuff

Declutter your home and make money? Apa kejadah bendanya tu?

Clutter tu maksudnya bersepah, berterabur. So declutter tu berlawanan maksudnya dengan clutter, maksudnya kemas dan teratur, lebih kuranglah maksudnya mengikut pemahaman saya sendiri.

Macam mana boleh buat duit dengan mengemas jer? Bestnya kalau mengemas rumah boleh dapat duit. Bukan begitu maksud saya dik non.

Kita kemas. Kita simpan barang yang kita nak. Kita jual barang yang kita tak nak.

Itulah yang saya maksudkan sebenarnya.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memperolehi duit dari hasil jualan barang - barang secondhand atau preloved kita ni. Tapi saya akan share yang biasa saya baca dan lihat sahaja. Kalau ada tambahan, silalah kongsi dengan saya yer.

Websites

  • Secondhand : Tempat di mana penjual dan pembeli boleh menjual dan membeli barang - barang secondhand yang masih dalam keadaan baik. 
  • Mudah : Tempat yang sesuai untuk jual preloved items anda. Dari kasut, beg, jam, pakaian dll 
  • Mybabysell : MyBabySell.com is a baby second hand stuffs classified ad listing site. Buy / Sell your second handbaby items in Malaysia. 

Personal Blog

Garage Sale
  • Anda boleh iklankan di surat khabar atau di Mudah

Car Boot Sale
Nota Kaki
  • Preloved : previously used or owned; secondhand. 
  • Car Boot Sale : an outdoor sale at which people sell things from the trunk of their car.

Selamat mencuba!

Tuesday, September 10, 2013

Pameran Pengantin Malaysia 2013

Photo Source : Pameran Pengantin Malaysia 2013

Pameran Pengantin Malaysia 2013

Date : 13 - 15 September 2013
Venue : Ampang Point
Time : 10 am - 10 pm

Tema : Semanis Cinta Strawberi.
Warna : Ungu, Pink dan Coklat

Website : https://www.facebook.com/pameranpengantin


Wedding Expo 2013

Photo Source : Wedding Expo 2013 (WEEX 2013)

Wedding Expo 2013 (WEEX 2013)
Date : 20 – 22 September 2013
TIme: 11.00am – 9.00pm
Venue : Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)

Websites :
http://www.klpj.com.my/

Monday, September 9, 2013

Squash Not Listed For Olympic

Nampaknya hasrat kita untuk melihat pingat emas pertama Malaysia di Olimpik makin jauh dengan kalahnya acara Squash untuk dimasukkan dalam acara teras sukan Olimpik. Acara gusti yang bertuah dan akan kembali disenaraikan untuk sukan olimpik, ia berikutan pengundian oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Buenos Aires Argentina.

Petikan daripada laman Olympic.org :

Wrestling officials and athletes representing their sport at the 125th IOC Session in Buenos Aires happily greeted today’s inclusion of wrestling as an additional sport on the Olympic programme for the Summer Olympic Games in 2020 and 2024 by the full IOC membership. The other two sports in the race for one open slot were baseball/softball and squash.
Addressing the IOC members, the President of the International Federation of Associated Wrestling Styles (FILA), Nenad Lalovic, said: “With this vote, you have shown that the steps we have taken to improve our sport have made a difference. I assure each of you that our modernisation will not stop now. We will continue to strive to be the best partner to the Olympic Movement that we can be.”
Wrestling is one of the core sports on the Olympic Programme until Rio 2016, but did not feature in the IOC Executive Board’s proposal for the 25 core sports for the 2020 Olympic Programme, which was agreed upon by the Session before the decision on the additional sport.
In the last few months, wrestling has undergone major changes, including new rules and a better sports presentation to attract more spectators and a younger audience. In addition, FILA has recently improved its governance by integrating more athletes and women into decision-making positions and by increasing the numbers of its commissions. Commenting on all the changes FILA has implemented in the last few months, Lalovic said: “We did all we could. We changed our sport, our federation, and we prepared a good presentation. Wrestling is not a new sport, but the wrestling we are presenting now is new wrestling.”

Harapan malaysia nampaknya masih bersandar kepada sukan badminton, squash mendapat tempat ketiga undi dengan sebanyak 22 undi dari 3 acara sukan yang lain iaitu gusti dan sofbol/besbol. Mungkin kerana sukan squash kurang mendapat perhatian dan tidak banyak disertai oleh mat saleh terutamanya di eropah dan amerika :)

Dalam pengumuman itu juga di maklumkan bahawa Tokyo mendapat hak menganjurkan sukan Olimpik pada tahun 2020.

Sumber : olympic.org

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025


 Sumber Gambar :  Kementerian Pendidikan

Nampaknya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan pada 5 September 2013. Sebelum ini blog ini ada membuat post pasal ini tahun lepas apabila laporan awal pelan ini dikeluarkan. Klik sini untuk melihat laporan ringkasan awal.

Petikan daripada bernama mengenai intipati PPPM 2013-2025:

* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

* Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang.

* Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020.

* Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

* Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

* Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kcekapan.

* Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan yang disasarkan.

* Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.

* Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.

* Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan.

* Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

* Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.

* Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun.

* Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

* Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.

* Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak.

* Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berpotensi sebagai penaja.

* Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.

* Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan 2025.

-- BERNAMA
Laman Kementerian Pendidikan ada diletakkan laporan penuh PPPM dan boleh di muat turun kat link di bawah  :

         PPPM (BM)
         PPPM Ringkasan (BM)


 Selamat membaca :)


Sumber : Kementerian, Bernama

Wednesday, September 4, 2013

Android KitKat in the house!

Mula-mula dapat tahu Android KitKat, apa pula nama ini akan dikaitkan? Rupanya, ia adalah nama baru bagi Android OS versi 4.4 setelah Jelly Bean (4.1, 4.2 and 4.3). Telahan yang mengatakan pihak Google akan pergi terus ke versi 5.0 yang dikenali sebagai Key Lime Pie tidak tepat lagi.

Nampaknya, Google telah menyediakan satu site untuk Android KitKat dan juga patung di laman ibupejabat Google. Tiada butiran lanjut apa yang akan dibawa dalam versi 4.4 ini.

Picture source

Tunggu, sementara itu berehat sebentar bersama KitKat :)

Sumber :
Kit Kat statue joins the crew at Google HQ.