Tuesday, December 24, 2013

Cookies! Cookies! Cookies!



Picture Credit : Cookies!


Picture Credit : Tempahan Cookies


Picture Credit : Almond Chocolate Cookies


Picture Credit : Cookies for Wedding Doorgift

Puas ker tengok gambar jer?

Marilah cuba almond chocolate chip cookies yang crunchy lagi ler sedap. Cuba sekali pasti nak lagi dan lagi dan lagi! Kerangupannya, kesedapannya pasti memikat siapa saja yang mencuba. Ditambah pula dengan rasa badam dan coklat chip yang begitu memukau. Pasti terus jatuh cinta!

Untuk tahu lebih lanjut lagi, boleh ler jugak menjengah ke FB tuan punya kedai Dwan's Kitchen atau boleh jer buat tempahan di : 016-9690121

p/s : Tempahan doorgift
untuk semua jenis events pun ada! Tempahan minimum dan harga boleh dirunding.

Monday, December 23, 2013

Mesyuarat Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014



Picture Credit : How To Survive Work Meeting

Pagi tadi startlah mesyuarat awal tahun untuk sesi persekolahan 2014. From 23.12.2013 until 30.12.2013. Dari pukul 8 pagi hinggalah 4 petang. Ada break in between. 31.12.2013 ini pula orientasi untuk Tahun 1. 


Selamat kembali bertugas guru-guru semua! Semangat!

Tuesday, December 17, 2013

Anak Mama Sayang Gerak - Gerak



Picture Credit : Anak Mama Sayang Gerak - Gerak

 
  • Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?
Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.
  • Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?
Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

  • Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.
  • Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750ml yang membolehkan bayi bergerak secara bebas.

Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

  • Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.
  • Pada minggu ke-32
Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.
  • Dalam lingkungan minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

  • Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

  • Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur.

  • Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?
Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.

  • Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?
Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

* Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
* Angkat kaki ke atas dan relaks.
* Halakan bunyi musik ke perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.

kredit to Baby Center Malaysia
Source : https://www.facebook.com/


p/s : Suka sangat bila saat - saat baby bergerak - gerak dalam perut. Kadang - kadang rasa macam dia berenang-renang dalam perut. Masa tu, perut nampak beralun - alun. Kadang-kadang rasa geli. Kadang-kadang rasa perut ditendang dengan kuat. Ditumbuk berkali-kali. Aktif anak mama ni yer! 

Monday, December 16, 2013

Hasil Tangkapan di BBW 2013

 Picture Credit : Buku untuk Mama dan Papa

Picture Credit : Buku untuk Anak Mama Sayang

Big Bad Wolf 2013 sudah berakhir semalam. Ingatkan nak singgah jap semalam. Tapi disebabkan penat berjimba dua hari, jadi tak singgah lah. Jadi ini jerlah hasil tangkapan kami berdua untuk dua hari. Tak beli sebanyak last year. Hujung - hujung tahun ini kena budget sikit coz nanti nak guna banyak duit untuk baby yang bakal dilahirkan. Untuk hospital lagi. Untuk masuk rumah baru lagi.


Friday, December 13, 2013

Surah - Surah Amalan Ketika Mengandung

 Picture Credit : Surah - Surah Amalan Ketika Mengandung

Artikel ini saya perolehi dari Facebook, jadi just nak share dengan all mommies-to-be.

Janin Yang Mendengar

  • Apabila seorang ibu membiasakan diri membaca ayat-ayat suci semasa mengandung, anak yang bakal lahir akan menjadi lebih alim kerana dia dapat mendengar bacaan ibunya itu walaupun masih janin.
  • Satu kajian yang disiarkan rancangan Psychological Science menunjukkan bayi yang mendengar dua bahasa ketika dalam perut lebih terbuka untuk menguasai dua bahasa.
  • Jadi, betullah apabila Islam menyarankan supaya para ibu melazimkan beribadah ketika hamil. Jika tidak boleh beribadah, digalakkan mendengar alunan nasyid, tidak bertengkar atau mereka-reka fitnah kerana ia didengari oleh janin di dalam perut.

p/s : Kalau depan laptop, sambil - sambil buat kerja tu, bolehlah dengar ayat - ayat suci Al-Quran di http://jagobd.com/listen-al-quran.html atau boleh cuba http://www.listen2quran.com/default.aspx, yang ini siap dengan translation pelbagai bahasa. Kalau nak dengar di handphone pun boleh. Banyak aps Al-Quran kat Play Store. Cubalah satu-satu yer.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Picture Credit : Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Thursday, December 12, 2013

Cara Mengatasi Kaki Bengkak Semasa Hamil

Picture Credit : Kaki Bengkak Semasa Hamil

Sekarang kandungan saya dah 30++ minggu atau sudah 7 bulan lebih. Kaki sudah mula membengkak. Kasut dan sandal dah tak muat. Nampaknya kenalah tukar yang baru. Rasa tak selesa sangat bila kaki dah mula bengkak ni. So, saya mulalah search di Google cara - cara nak mengurangkan atau mengatasi kaki bengkak semasa mengandung. Inilah antara tips - tipsnya. Mari kita lihat!

Kaki bengkak semasa hamil atau edema


Semasa hamil, badan menghasilkan lebih kurang 50% lebih darah dan cecair badan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang. Bengkak adalah sebahagian normal semasa kehamilan yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini. Bengkak juga dikenali sebagai edema selalunya berlaku pada tangan, muka dan terutamanya pada kaki. Kaki bengkak semasa hamil ini akan hilang selepas bayi anda dilahirkan.

Mengapakah kaki bengkak semasa hamil?

Ini disebabkan oleh perut anda yang semakin membesar terutamanya pada trimester ketiga. Kehamilan memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas. Ini sering berlaku jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair tambahan ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak.

Faktor lain juga boleh menyebabkan kaki bengkak semasa hamil

  • Cuaca yang sangat panas
  • Berdiri terlalu lama.
  • Menjalankan aktiviti harian yang terlalu banyak dan lama.
  • Makan makanan yang kurang Kalium (Potassium).
  • Pengambilan makananan yang masin yang terlalu banyak iaitu Natrium (Sodium).
  • Minum minuman yang berkafein seperti kopi terlalu banyak.

Tips untuk mengurangkan kaki bengkak semasa hamil

  • Bengkak boleh dikurangkan dengan makan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.
  • Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi.
  • Elakkan berdiri untuk jangka waktu yang lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan
  • Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda.
  • Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
  • Alaskan bantal pada kaki semasa anda tidur atau rehat. Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
  • Memakai kasut yang selesa dan elak memakai kasut tumit tinggi.
  • Elakkan pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, kaki atau buku lali anda.
  • Berehat atau berenang di kolam air.
  • Minum air yang banyak boleh mengurangkan pengekalan air dalam badan.
  • Kurangkan pengambilan natrium (garam) dan makanan pedas.
  • Kurangkan akitiviti di luar jika cuaca panas.
  • Gunakan ais sapu di kawasan bengkak atau rendam kaki dalam air sejuk
  • Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
  • Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food.
  • Lakukan urutan pada kaki dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin panas.
  • Minum ramuan herba. Antaranya ialah:
    • Masukkan 2 sudu ketumbar dalam 2 gelas air dan rebuskan ia hingga tinggal separuh (lebih kurang 1 gelas). Setelah itu, minum air rebusan itu 3 kali sehari. Bagi menambahkan rasa, anda boleh tambah sedikit gula dan susu.

Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami

  • Muka atau keliling mata bengkak.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kencing kotor.
  • Sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Sumber :


p/s : Saya nak urut. Tapi mak saya tak bagi. Jadi saya alas bantal bawah kaki bila nak tidur. Alhamdulillah, dah surut sikit.

Tuesday, December 10, 2013

The Star Education Fair




Picture Credit : The Star Education Fair

The Star Education Fair

Date : 14 December - 15 December 2013
Time : 11am - 7pm
Venue : Kuala Lumpur Convention Centre

Website :
http://www.thestar.com.my/edufair
https://www.facebook.com/stareducationfair

Malaysia Wedding Festival


Picture Credit : Malaysia Wedding Festival

Malaysia Wedding Festival

Date : 27 December - 29 December 2013
Time : 10am - 10pm
Venue : Shah Alam Convention Centre

Website :
http://mefa.my/december2013/
https://www.facebook.com/mefaevent


100 Doraemon Secret Gadgets Expo




Picture Credit : 100 Doraemon Secret Gadgets Expo


Picture Credit : Location 100 Doraemon Secret Gadgets Expo

100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Date : 14 December - 23 March 2014
Time : 10am - 10pm
Venue : Viva Expo Hall

Ticket prices:
Adult (13 years and above) - RM25.00
Child (4 to 12 years old) - RM15.00
Free Entry for senior citizen above 60 years old, children below 90cm and OKU with one companion

Website :
http://www.100doraemon.com/index.php
https://www.facebook.com/DoraemonMY
 

HLK Warehouse Clearance

Picture Credit : HLK Warehouse Clearance
Picture Credit : HLK Warehouse Clearance

HLK Warehouse Clearance

Date : 11 December - 15 December 2013
Time : 10am - 6pm
Venue : No 9, Jalan Anggerik Mokara 31/54, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam.

Website :
http://www.hlk2u.com/

https://www.facebook.com/hlkchainstore
 

Sayang, Ingat Lagi Tak?

Picture Credit : Woman was made from the rib of man

Sayang, ingat lagi tak Last Sunday ?
Entry ini saya buat masa first time kita jumpa

Sayang, ingat lagi tak Teddy Bear ?
Entry ini saya buat masa awal - awal perkenalan

Sayang, ingat lagi tak Happy Birthday Sayang ?
Entry ini saya buat untuk Birthday awak yang ke 32

Sayang, ingat lagi tak To My Teddy ?
Entry ini saya buat khas untuk awak. Masa ini kita tengah bercinta.

Sayang, ingat lagi tak When I See You Smile ?
Entry ini saya buat khas untuk awak
Saya suka tengok senyuman awak. Ada lesung pipit.

Sayang, ingat lagi tak Saya Kenal Sayang Saya ?
Entry ini saya buat untuk tujukan lagu untuk awak

Sayang, ingat lagi tak After All, Saya kan Rusuk Kiri Awak Yang Hilang ?
Entry ini saya buat sebelum kita kahwin.

Sayang, ingat lagi tak What Should I Get Him For His Birthday?


Entry ini saya buat masa tengah survey-survey hadiah birthday awak

Sayang, ingat lagi tak Happy Birthday Mr Teddy Bear ?
Entry ini saya buat untk Birthday awak yang ke 33

Sayang, ingat lagi tak The Day Has Come! ?
Entry ini saya buat masa awak datang merisik. Kita berdua pakai baju biru sedondon

Sayang, ingat lagi tak Dua Hati Jadi Satu dan I Love You Sayang ?
Entry ini saya buat untuk share gambar kita disatukan akhirnya.

p/s : Sayang, saya sayang awak ketat - ketat~~


Happy Second Anniversary Sayang

Picture Credit : Happy Second Anniversary Sayang

Happy second anniversary sayang.

Thank you for being a loving husband, a good listener and a supportive friend.
You have always been there for me, through thick and thin. 

You have always been patient with me. 

You always stand beside me.
Support me, trust me and love me. 


Thank you sayang.
Saya sayang awak sangat - sangat.
Moga jodoh dan perkahwinan kita sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke JannahNya. 


Amin.




A Thousand Years - Christina Perri

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow.

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Monday, December 9, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale II

Big Bad Wolf (BBW) datang lagi tahun ini dengan kapasiti 3 juta buku untuk dihabiskan. Ini merupakan kali kedua diadakan di MIECC @ The Mines.


Pandangan dari aras 2

Pergi pada hari pertama dibuka, aliran trafik masih lagi okay. Bukan apa, masalah trafik kat Mines ini adalah orang masuk dan keluar lalu bulatan, jadi bayangkan bertemu dengan orang yang keluar masuk Mines dengan yang nak pergi convention center dia. Jadi iniasitif diaorang untuk  buat 24 jam selama 10 hari membolehkan pengunjung datang pada bila-bila masa - tengah malam pon boleh. :) 


 Membeli-belah :)

Sebelum ini penganjur pernah buat di AmCorp Mall sebelum membuka satu kedai buku di situ dan hanya tahun lepas mereka buat di MIECC@The Mines apabila jumlah buku yang dibawa melepasi sejuta buku.  Ramai ler manusia membawa buku-buku dalam kotak, bagi yang ada pengalaman tahun lepas. Mereka membawa troli ataupon beg galas beroda supaya senang nak menolak and mengangkut. Rata-rata buku berharga RM5, RM6 dan RM8 dan ada buku yang berkulit tebal dijual pada harga RM20 - 30. Memang murah dan berbaloi. Buku kanak-kanak, fiksyen dan sejarah boleh diperoleh dengan mudah.

 Pandangan dari aras 2 lagi


Tidak banyak beza dari tahun lepas, cuma dari segi service dipertingkatkan lagi dengan ada ruangan untuk menyimpan sementara buku yang diambil, sesiapa yang penat mengusung kotak bolehlah simpan sementara buku-buku sebab nak mengangkat dari hujung ke hujung memang jauh. Diberikan tag number dan ditulis nama anda dan no telefon. Rasanya kalau tidak ambil buku2 anda dalam masa 12 jam, buku2 tersebut akan diletakkan kembali ke tempat asal.  

Dibahagikan kan juga kaunter pembayaran dengan tunai sahaja di sebelah kanan dan kad kredit/ tunai disebelah kiri. kali ini ada kain rentang, jadi anda dapat melihat dengan jauh bahagian mana anda boleh pergi. Untuk mempercepatkan bayaran, ada petugas akan datang untuk mengira buku anda semasa dalam barisan supaya urusan pembayaran dapat berjalan lancar.

Disamping itu, ada juga perkhidmatan troli untuk membawa buku anda (cuma dari kaunter ke pintu depan - tempat menunggu kereta). Di aras2 , ada gerai-gerai menjual makanan dan minuman, antara yang turut serta KFC, dominos dan lain-lain lagi.

Apalagi tunggu, marilah beli buku :)

Selamat membeli-belah.



Friday, December 6, 2013

Keputusan Pertukaran Guru Sesi Jan 2014 (Antara Negeri, Antara Daerah, Dalam Daerah) Boleh Di Semak Sekarang

Picture Credit : Keputusan Pertukaran Guru Sesi Jan 2014 (Antara Negeri, Antara Daerah, Dalam Daerah) Boleh Di Semak Sekarang

Keputusan Pertukaran Guru Sesi Jan 2014 (Antara Negeri, Antara Daerah, Dalam Daerah) boleh di semak sekarang, 6 Disember, 2013, Jumaat. Sila layari http://apps.moe.gov.my/epgo/ untuk semakan.

p/s : Saya tak check lagi. Tunggulah lambat-lambat sikit. Berdebar-debar jantungku~

Thursday, December 5, 2013

Furniture Brands Warehouse Sale

 Picture Credit : Furniture Brands Warehouse Sale 

Furniture Brands Warehouse Sale

Date : 29 November - 8 December 2013
Time : 9 am - 8 pm
Venue : Lot 2791, Persiaran Elektron, Bukit Subang, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor.


Website :
http://www.fella.com.my/
https://www.facebook.com/photo.php
 

Tsen Lighting Warehouse Sales


Picture Credit : Tsen Lighting Warehouse Sales

Tsen Lighting Warehouse Sales


Date : 7 December - 15 December 2013
Time : 10 am - 6 pm
Venue : 8 Jalan Teknologi 3/5A (Pusat Teknologi Sinar Damansara), Kota Damansara, Selangor.


Website :
https://www.facebook.com/tsenlighting
http://www.tsen.com.my/en/

Katrin BJ Warehouse Sale

Picture Credit : Katrin BJ Warehouse Sale

Katrin BJ Warehouse Sale


Date : 5 December - 8 December 2013
Time : 10 am - 6 pm
Venue : No 12, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor.

Website :

http://katrinbj.com/katrin-bj-warehouse-sale-5th-8th-december-2013-early-bird-specials/#.UqCHVydd-eZ

John Master Warehouse Sale





Picture Credit : John Master Warehouse Sale



Picture Credit : Location John Master Warehouse Sale

John Master Warehouse Sale

Date : 5 Decmber - 8 December 2013
Time : 10 am - 6 pm
Venue : 1, Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, Puchong, Selangor.

Website :
https://www.facebook.com/johnmastermalaysia
http://www.johnmaster.com.my/


F.O.S Warehouse Sale




Picture Credit : F.O.S Warehouse Sale

F.O.S Warehouse Sale
 

Date : 4 December - 8 December 2013
Time : 10 am - 8 pm
Venue : 18, Jalan Pelukis, U1/46, Seksyen U1, Temasya Industrial Park, 40150 Shah Alam.
 

Website :
http://www.fos.com.my/
https://www.facebook.com/photo.php


Baby Products Warehouse Sale


Picture Credit : Baby Products Warehouse Sale

Baby Products Warehouse Sale
 

Date : 6 December - 8 December 2013
Time : 11 am - 8 pm
Venue : Concourse Area (G-Floor) CMC Centre, Jalan Cerdas, Taman Connaught, Cheras KL

Website :
https://www.facebook.com/cbmsb
http://www.childhoodbasic.com.my/

The Big Bad Wolf Book Sale

Picture Credit : The Big Bad Wolf Book Sale

The Big Bad Wolf Book Sale

Date : 6 December - 15 December 2013
Time : 7 am (Open 24 Hours)
Venue : MIECC @ The Mines


Website :

http://www.bigbadwolfbooks.com/
https://www.facebook.com/events/551534234899929

Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Kuantan

 Picture Credit : #Banjir Kuantan

Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Kuantan

1. Turun lapangan di Kuantan @ 6- 8 Disember 2013. Berkumpul di SAP ABIM Pusat, Gombak pada jam 10 pagi, esok, JUMAAT. SUKARELAWAN bersemangat boleh terus pm @ Active-FAST Center mendaftarkan diri.

2. SEKRETARIAT Bantuan Banjir di Gombak dibuka bemula hari ini sehingga Ahad di Dewan SAP, Taman Cemerlang, Gombak. Sumbangan barangan seperti yang disenaraikan boleh dihantar terus ke Dewan SAP.

a. Selimut
b. Pampers kanak-kanak
c. Susu kanak-kanak
d. Hygine Kit (Sabun, Ubat Gigi, Berus Gigi, Tuala Kecil)
e. Sumbangan Tunai ke akaun : ABIM (Maybank) 564 2216 10116

3. Maklumat lanjut dan pertanyaan : Sdr Muhamad Zikri 013-311 7560


Resource : Active FAST Center
 

Doa Mengelak Banjir Dan Ketika Banjir

Picture Credit : Doa Mengelak Banjir Dan Ketika Banjir

Choose to Be Happy

 Picture Credit : Choose to Be Happy

Wednesday, December 4, 2013

Panduan dan Tips Penjimatan Elektrik

Picture Credit : Panduan dan Tips Penjimatan Elektrik

Panduan atau tips penjimatan elektrik ini saya perolehi dari Penggunalestari dan Switch.org.my. Panduan ini harapnya dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan secara tidak langsung dapat mengurangkan juga kos pembayaran. Sehubungan dengan kenaikan tarif elektrik untuk tahun 2014 sebanyak 14.89% di Semenanjung dan 16% di Sabah iaitu daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53/KWJ (Semenanjung) dan 5 sen (Sabah), marilah kita bersama - sama praktikkan cara - cara penjimatan elektrik yang telah disenaraikan.

Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

1. Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ÂșC
  • Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara rumah anda tahan lebih lama.
  • Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
2. Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan
  • Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.
3. Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.
  • Tutup lampu pada waktu siang.
  • Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
  • Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
  • Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
  • Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tabiat tidak menutup lampu adalah salah satu punca pembaziran tenaga.
4. Padam Perkakasan Elektrik
  • Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Perkakasan, peralatan ataupun peranti elektrik di rumah seperti komputer, seterika, TV dan sebagainya perlu di padamkan untuk pengurusan elektrik yang cekap dan untuk memastikan jangka hayat peralatan elektrik lebih lama.
  • Adalah lebih baik jikalau kamu boleh mengeluarkan kabel kuasa (power cable) dari soketnya. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
5. Seterika Elektrik
  • Alat pemanas dalam seterika elektrik menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Cubalah sebanyak mungkin menggosok pakaian dalam satu masa daripada menggosok berulang kali dalam sehari.
6. Peti Sejuk – Faktor Saiz dan Cara Penggunaan
  • Gunakan mengikut saiz keperluan dan bukannya disebabkan minat untuk saiz besar. Peti sejuk yang lebih besar menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi. Seboleh‐bolehnya gunakan peti sejuk Kecekapan Tenaga tinggi (5 Bintang)
  • 15.30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
  • Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
7. Peti Sejuk‐ Pengumpulan Fros
  • Ada sesetengah peti sejuk yang tidak datang dengan ‘defrost’ sistem. Jika peti sejuk anda sebegini maka panggillah juru teknik peti sejuk untuk mendapatkan bantuan.
8. Peti Sejuk‐ Penyusunan Bahan Makanan
  • Pastikan susun atur makanan membolehkan pengaliran udara yang bebas antara makanan.
  • Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
9. Peti Sejuk‐ Lokasi
  • Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada lokasinya di simpan di dalam rumah. Di tepi dan belakang peti sejuk mestilah disediakan ruang sedikit untuk pengaliran bebas udara.
  • Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
10. Peti Sejuk‐ Gegelung Pemeluwap
  • Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada gegelung pemeluwap. Penjagaan kebersihannya juga penting dalam patut dijadualkan sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
  • Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
11. Ketuhar Elektrik / Gelombang Mikro
  • Gasket pintu gelombang mikro hendaklah selalu dalam keadaan tertutup untuk mengelakkan kehilangan tenaga.
12. Cerek Elektrik
  • Pengunaan cerek elektrik amat menjimatkan kerana elemen pemanas di dalam cerek elektrik di letakkan terus di dalam air untuk mendidihkannya supaya kehilangan haba berlebihan dapat di kurangkan. Elemen pemanas juga harus dibersihkan untuk mengurangkan pengunaan tenaga.
13. Alat Pemanas Air untuk Mandi
  • Pemanas air segera dapat menjimatkan lebih tenaga daripada pemanas air jenis bertakung. Jikalau rumah kamu sedang mengunakan pemanas air bertakung, sila menukarnya kepada pemanas air segera.
14. Operasi komputer
  • Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.
15. Tukar kepada monitor LCD
  • Penukaran kepada monitor LCD yang cekap tenaga daripada menggunakan monitor CRT adalah langkah yang baik untuk penjimatan tenaga.
16. Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama
  • Jikalau kipas kamu telah bekerja berdekad-dekat maka pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
  • Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
17. Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat
  • Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.
18. Tukar Lampu Pijar (Incandescent) kepada lampu CFL
  • Lampu Pijar tidak cekap tenaga maknanya membazirkan tenaga elektrik. Tukarlah kepada lampu cekap tenaga seperti Compact Fluorescent Light (CFL)
19. Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
  • Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam process penyejukkan.
20. Tanam Pokok
  • Penanaman pokok di sekitar persekitaran rumah sedikit sebanyak akan membantu dalam process penyejukkan rumah kerana pokok‐pokok meresap CO2 di udara. Gas CO2 antara penyumbang terbesar pemanasan global dunia.
21. Pendingin Udara mestilah diletakkan di dalam ruang yang tiada halangan
  • Pastikan tiada perabot yang menghalang peredaran udara dari pendingin udara dansensor di pendingin udara.
22. Pendingin Udara mengikut keperluan
  • Jika pendingin udara diperlukan di bilik yang kecil maka 1.5hp atau 2hp sudah memadai.Tidak perlulah menggunakan hp tinggi untuk kawasan kecil kerana ia akan memakan tenaga.
  • Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
23. Penebatan bumbung dan siling
  • Ada kaitan antara penebatan bumbung dan siling dan penggunaan tenaga dalam rumah. Penebat pelbagai pilihan di sediakan untuk rumah di lokasi sejuk dan panas.
24. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

25. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

26. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

27. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

28. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

29. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

30. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...