Friday, November 27, 2015

Majlis Persaraan Mantan Ketua Panitia BI

Pic : Sebilangan guru di sekolah saya. Cuba teka di mana saya?

28 Oktober yang lalu adalah majlis persaraan mantan Ketua Panitia BI, Madam Loong Yoke Har. Jadi berada dalam Panitia Bahasa Inggeris sendiri, saya buat pertama kalinya ditugaskan sebagai penyelaras majlis tersebut. Agak cuak juga sebab pertama kali kendalikan majlis sebesar begini. Selain ditugaskan sebagai penyelaras majlis tersebut, saya juga ditugaskan untuk menghasilkan slideshow / montage untuk Madam Loong. 

Asalnya saya ingin menggunakan beberapa software yang terkini tetapi disebabkan kesuntukan masa, saya akhirnya hanya memilih untuk menggunakan Powerpoint sahaja. Kerana ianya lebih mudah dan dengan teknik yang betul, sebenarnya boleh juga menghasilkan animasi - animasi yang menarik. Hasilnya, saya kira agak memuaskan. Walaupun tidak setanding dan sehebat orang lain, saya cuba memujuk diri untuk tidak terus kecewa. Memandangkan masa yang ada untuk menghasilkan montage tersebut sangat singkat jadi ada beberapa pelan asal saya tidak dapat dilaksanakan. 

Peringatan untuk diri sendiri. 

Belajar dari kesilapan untuk lebih bersiap sedia. Perlu bersiap sedia dengan beberapa template untuk tayangan bagi majlis - majlis tertentu. Sekiranya memerlukan perkhidmatan dalam masa yang singkat, template powerpoint sudah tersedia. Untuk menghasilkan yang terbaik dan sekreatif yang boleh, perlukan masa dan perahan idea. Tetapi masa tidak pernah mencukupi. Atau mungkin juga saya yang tidak pandai menguruskan masa. Jadi perlu semak diri semula.

Alhamdulillah, dengan bantuan guru - guru lain, majlis berjalan dengan lancar. Cuma ada masalah teknikal sedikit di awal majlis. Kita hanya mampu merancang, hanya Dia penentu segalanya. Saya berharap Madam Loong tidak berkecil hati kerana dia seorag guru, ketua, mentor dan sahabat yang baik. Dan seboleh-bolehnya saya ingin memberikan satu majlis yang terbaik untuk beliau.

Picture : Mantan Guru Besar dan Mantan Ketua Panitia BI

Dalam majlis persaraan ini, yang paling saya suka sekali ialah 'bubble talk props'. Idea ini bukan benda baru bagi sekolah - sekolah kebangsaan. Tapi bagi sekolah saya, idea ini tidak pernah digunakan lagi semasa majlis - majlis yang ada di sekolah. Saya tidak tahu kenapa. Tetapi seronok juga dapat hasilkan sesuatu yang baru untuk sekolah sendiri. Yang penting semua orang suka.

Sebenarnya idea ini timbul kerana saya inginkan satu kelainan yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah, selain daripada perkongsian guru - guru seluruh Malaysia, hasil pencarian di Internet juga sangat - sangatlah membantu. Kalau dibanding-bandingkan dengan hasil kerja guru sekolah yang lain, memang jauh sangat perbezaannya. Tetapi atas dasar inginkan kelainan, saya usahakan juga. Yang penting pengalaman yang kutip sepanjang program yang saya inginkan. Agak jarang untuk dapat peluang sebegini. Walaupun susah dan remeh tapi pengakhirannya merupakan satu kepuasan yang sangat indah. 

p/s : Saya rindu zaman belajar. Menjalankan program di sana - sini. 
p/s: Cuba tulis style ayat skema. The style does not suit me. But nevermind, the most important thing, I have tried.

No comments: