Monday, November 23, 2015

Muat Turun Aktiviti Mewarna dan Melukis Dengan Percuma

Antara aktiviti semasa cuti sekolah yang anak - anak kita boleh lakukan ialah aktiviti mewarna dan melukis. Aktiviti mewarna dan melukis adalah satu aktiviti yang menyeronokkan buat kanak - kanak malah buat orang dewasa juga. Rata - rata kita lihat, banyak buku mewarna dan melukis yang dijual di pasaran. Dengan harga yang berpatutan, buku - buku itu boleh dibeli dan diperolehi di kedai - kedai buku terkemuka. 

Selain daripada membelinya di kedai - kedai buku, kita sebenarnya boleh juga memperolehi bahan - bahan tersebut di Internet. Terdapat pelukis - pelukis yang berkongsi hasil karya mereka dengan orang ramai dengan percuma. Jadi sekarang, kita bolehlah memperolehi beberapa lukisan mewarna dengan hanya memuat turun dari Internet.  Mudah bukan? 


Peringatan : Pastikan setiap aktiviti mewarna ini dan lukisan ini hanya kegunaan sendiri sahaja bukan untuk dijual semula. Ini merupakan harta intelek pengkarya masing - masing. Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan dan didenda. 



Picture Credit : 'Secret Garden' Colouring Book

Buku ini ada dijual di kedai. Boleh diperolehi di MPH. Tetapi kepada yang ingin mewarna satu atau dua keping gambar, bolehlah di muat turun secara percuma di theguardian.com. Boleh muat turun di pautan yang diberi.

Secret Garden 1
Secret Garden 2
Secret Garden 3
Secret Garden 4
Secret Garden 5




Picture Credit : Aktiviti mewarna di surfnetkids.com 

Selain daripada itu, bolehlah juga ke surfnetkids.com untuk muat turun aktiviti mewarna. Ada pelbagai jenis aktiviti mewarna mengikut kategori. Ada aktiviti mewarna mengikut perayaan, corak, doodles, geometri, bentuk hati, mandala, bentuk bintang, kartun dan lain - lain. Memang banyak sangat! 



Picture Credit : Colouring Pages For Kids

Untuk pelbagai jenis aktiviti mewarna, bolehlah juga ke www.coloring.ws/coloring.html. Pilihlah aktiviti mewarna yang sesuai untuk anak kita. Yang tidak sesuai, janganlah pula di muat turun yer. 


Picture Credit : Cara - Cara Melukis

Untuk aktiviti melukis, raisingourkids.com menunjukkan cara satu persatu untuk melukis. Aktiviti ini mungkin sesuai bagi anak - anak yang dah ada asas melukis. Dengan hanya membaca arahan satu persatu, mereka sudah boleh menghasilkan lukisan yang menarik.


Picture Credit : Sambungkan Semua Titik 

Untuk anak - anak yang baru di prasekolah, bolehlah ke http://activities.raisingourkids.com/connect-dot-to-dot/  untuk aktiviti melukis yang lebih mudah. Mereka boleh menghasilkan satu lukisan dengan menyambung titik - titik mengikut nombor. 


Picture Credit : Idea melukis yang menarik!

Jika anak anda mempunyai imaginasi serta kreativiti yang tinggi, bolehlah mencuba aktiviti melukis di education.com. Untuk muat turun fail ini, anda dikehendaki mendaftar dahulu. Jangan risau, tiada bayaran dikenakan. 

Sebenarnya ada banyak lagi laman web atau 'website' yang ada berkongsi aktiviti melukis dan mewarna yang menarik. Kalau nak cari bolehlah mencari dengan kata kunci 'free printable colouring pages' untuk mewarna. Untuk aktiviti melukis, bolehlah mencari dengan kata kunci 'free printable drawing activities'. Boleh juga cuba beberapa kata kunci yang berbeza. Kata kunci yang berbeza akan dapat hasil carian yang berbeza.

Selamat Muat Turun Ya!
Peringatan : Pastikan setiap aktiviti mewarna ini dan lukisan ini hanya kegunaan sendiri sahaja bukan untuk dijual semula. Ini merupakan harta intelek pengkarya masing - masing. Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan dan didenda. 

No comments: